HALAMAN SANTAI

Rabu, 20 November 2013

PAS diserang puak jahat!


Oleh SELENA TAY 


PENULIS telah diberitahu oleh Dr Dzulkefly Ahmad (Pengarah Penyelidikan PAS Pusat) bahawa sekumpulan ejen puak jahat telah menyamar sebagai ahli PAS untuk menyerang pemimpin PAS dengan kenyataan-kenyataan yang palsu dan kata-kata yang kesat.

Pemimpin PAS yang telah diserang ialah Dato’ Husam Musa, Mohamad Sabu, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli dan Dr Dzulkefly sendiri.

Ejen puak jahat ini telah mencipta akaun Facebook yang palsu dan menyerang golongan profesional melalui akaun tersebut yang merupakan seolah-olah ia adalah akaun yang dimiliki oleh ahli PAS.

Penggunaan taktik perang saraf ini jelas menunjukkan bahawa musuh PAS mempunyai niat jahat dan niat mereka ialah untuk menumbangkan PAS dengan mewujudkan perang saudara sesama para pemimpin PAS.

Justeru, apabila PAS tumbang maka Pakatan Rakyat akan tumbang juga. Ini bererti musuh PAS sudah semakin terdesak untuk menghapuskan PAS dan juga Pakatan sekali gus.

Musuh PAS menggunakan cara yang jahat ini untuk menghapuskan PAS kerana mereka lihat walaupun mereka telah memberi habuan yang melimpah ruah, rakyat masih menyebelahi Pakatan.

Dr Dzulkefly juga berharap bahawa ahli-ahli PAS, para penyokong dan pendukung PAS serta rakan-rakan PAS tidak akan terpedaya dengan akaun-akaun Facebook yang palsu kerana pemimpin PAS langsung tidak pernah menggunakan Facebook untuk berkempen.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata bahawa “matlamat dan tujuan puak jahat yang licik ini ialah untuk memecahbelahkan PAS sebelum muktamar dan puak jahat ini sedang berkeliaran di sana-sini.”

Tiada ulasan: