KL TODAY
SHAH ALAM:
PAS sama sekali tidak berkecil hati dengan cadangan Pengerusi DAP
Karpal Singh yang mahu semua parti politik berasaskan kaum dan agama
dibatalkan. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Harun Taib sebaliknya
berkata, PAS tidak akan melayan sebarang gesaan daripada Karpal kerana
menganggap pemimpin veteran DAP itu tidak memahami asas perjuangan
Islam.
“Saya tak berdukacita dia bercakap demikian sebab Karpal Singh tidak memahami Islam.
“Dia ingat
parti yang ditubuhkan berasaskan agama Islam ini akan menyebabkan
berlaku perpecahan atau pergaduhan antara kaum sedangkan Islam itu
diturunkan oleh Allah untuk menyatukan semua kaum dan bangsa yang
sebelum ini hidup berpuak-puak,” katanya kepada pemberita selepas
perasmian muktamar Dewan Ulama’ di sini hari ini.
Katanya,
tidak ada sebab PAS perlu melatah dengan Karpal dan parti itu akan
hanya mengambil sikap berdiam diri dan enggan memanjangka polemik
tersebut.
“Macam
mana kita nak kutuk dia, kita bertahaluf dengan DAP dan PKR ini
bertujuan untuk berdakwah agar mereka dan boleh faham Islam.
“Karpal
Singh ini belum sempat lagi nak belajar Islam, jadi kita maafkanlah
kerana dalam Islam kata biarkan orang jahil bercakap dulu, kalau lawan
orang jahil rosak kita,” katanya.
Ahli
Parlimen Bukit Gelugor itu awal bulan lalu berkata, perubahan itu perlu
dibuat supaya semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama boleh
menyertainya selaras dengan konsep amalan perpaduan.
“Masanya
sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya,
malang sekali, PAS, kita perlu bersikap praktikal jika kita mahukan
sebuah negara yang bersatu-padu.”
Beliau
berkata demikian ketika menyelar kenyataan Presiden Persatuan Peguam
Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar baru-baru ini yang
mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong isu penggunaan
kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia majalah katolik, Herald.
Karpal
berkata, pendaftaran PPMM sebagai sebuah persatuan juga tidak
sepatutnya dibenarkan memandangkan Majlis Peguam membuka penyertaannya
kepada semua peguam tanpa mengira kaum dan agama.
“Persatuan
seperti itu hanya pencetus masalah di negara ini, kerajaan juga tidak
sepatutnya membenarkan persatuan seperti ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan