Hakim
Mahkamah Rayuan, Datuk Wira Mohtarudin Baki hari ini menarik diri
daripada panel tiga anggota mahkamah itu bagi mendengar rayuan Datuk
Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan dua pertuduhan dihadapinya
mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu menyertai perhimpunan Bersih
3.0 tahun lepas.Hakim Mohtarudin berkata, beliau dan Anwar “berkongsi
besan” dan berikutan hubungan peribadi itu, mereka pasti akan bertemu
dalam mana-mana kenduri.
“Saya berasa tidak selesa untuk mendengar rayuan ini. Saya ingin menarik diri,” katanya.
Panel itu
dipengerusikan oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dijadual menengar
rayuan Ketua Pembangkang itu hari ini tetapi pendengaran itu
dijadualkan semula ke 5 Februari tahun depan selepas Hakim Mohtarudin
menarik diri.
Seorang anggota panel ialah Hakim Datuk Rohana Yusuf.
Hakim Balia berkata’ rayuan itu akan didengar panel baharu Mahkamah Rayuan.
Hakim Balia berkata’ rayuan itu akan didengar panel baharu Mahkamah Rayuan.
Anwar, 66,
merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Januari
tahun ini yang menolak permohonannya untuk membatalkan dua pertuduhan
yang dihadapinya mengikut Akta Perhimpunan Aman.
Pada 22
Mei lepas, Anwar dituduh telah melanggar perintah mahkamah dengan
mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada
28 April tahun lepas.
Timbalan
Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali dan Ketua PKR Cawangan
Rembau Badrul Hisham Shaharin turut menghadapi pertuduhan sama.
Mereka juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu bersubahat dengan tiga individu melanggar perintah mahkamah yang melarang sebarang perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka pada hari berkenaan, dengan mereka didakwa menghasut R. Tangam, Rajesh Kumar dan Farhan Ibrahim @ Alias mengalihkan penghadang yang diletakkan pihak berkuasa di Dataran Merdeka.

Anwar diwakili peguam Karpal Singh manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan