| DETIK DAILY |
Rakyat mahu Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax (GST) dihentikan. Ternyata kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana termasuk pengemis tidak terkecuali dicukai.
Ikuti pandangan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat ketika ditemubual Suhaizan Kaiat Wartawan Kanan Harakah, AZIZ MUDA pada 6 November lalu mengenai isu ini.
HARAKAH: GST perlu dihentikan? Bagaimana pandangan saudara?
SUHAIZAN KAIAT: Mengenai GST ini, isu penting yang perlu diberikan keutamaan oleh kerajaan adalah ketirisan
Sebelum GST dilaksanakan, selesaikan masalah ketirisan.
Tiada gunanya kerajaan perkemaskan collection, tetapi tidak pula diselesaikan masalah ketirisan.
Ada satu kajian yang dibuat pihak tertentu di peringkat antarabangsa, GST ada kebaikannya. Ia merupakan satu cukai yang dipungut secara lebih tersusun, lebih teratur, dikenakan kepada masyarakat secara berdikit-dikit. Cukai-cukai lain yang dikenakan selama ini ada orang yang kena bayar cukai dan ada yang tak kena.
GST semua kena. Apabila GST dilaksanakan, mungkin akan menyebabkan harga barang menjadi murah. Tapi kalau sistemnya tak mantap, harga barangan akan melambung pula. Kini dengan cukai yang ada di Malaysia, hanya sekitar 10 peratus sahaja yang kena bayar cukai pendapatan. Manakala yang lain tak kena bayar cukai sebab tak mampu.
Gaji atau pendapatan rakyat macam mana?
Di Malaysia gaji pekerja pun tak setimpal untuk tampung keperluan. Gaji minimum yang diluluskan kerajaan baru RM900.
Gaji pekerja di Malaysia tak seimbang dengan kenaikan harga barangan dan keperluan hidup. Inilah masalahnya
Apa yang tak kena dengan GST?
GST secara keseluruhannya adalah sistem baik. Ia belum dilaksanakan di negara Malaysia.
Di negara Islam, contohnya, hanya kena 2.5 peratus sahaja zakat. Tapi dengan hanya potongan 2.5
peratus itu boleh menampung perbelanjaan negara. Kalau kata GST kena bayaran 6 peratus, zakat hanya 2.5 peratus tapi dah dapat tampung perbelanjaan negara, apa guna dikenakan cukai 6 peratus?
Di situ kita kena lihat juga, tak semestinya kadar cukai yang tinggi akan memberikan kebaikan kepada negara. Kalau bayaran 2.5 peratus pun dah baik, apa perlu dikenakan bayaran 6 peratus?
Walaupun GST dikatakan percukaian yang adil oleh pemimpin Umno-BN, tetapi menurut pakar ekonomi, ia sebenarnya tidak adil...
GST dikatakan tak adil sebab orang miskin pun kena bayar cukai juga. Semua rakyat adalah pelanggan. Setiap pelanggan kena cukai termasuk pengemis. Sistem sekarang pun, sebenarnya orang miskin kena bayar cukai juga. Kalau sistem itu mantap, walaupun orang miskin pun kena bayar cukai juga, bayarannya tak banyak.
Yang penting, kepada orang miskin itu perlu ditingkatkan gajinya. Selain itu, perlu diberikan insentif-insentif tertentu. Tapi di Malaysia berlaku ketirisan. Kalau ada ketirisan, keuntungan yang diperolehi kerajaan itu tak akan dapat juga kepada yang memerlukan.
Langkah patut dilakukan oleh PAS dan Pakatan Rakyat untuk menjelaskan tentang kezaliman GST?
Pakatan Rakyat perlu berikan penerangan tentang GST. Kalau mereka faham dan akibatnya mereka yang tanggung, pelaksanaan GST ini dapat dihentikan. Suara rakyat adalah suara keramat.
Rakyat kena bayar cukai, tapi pulangan yang akan diperolehi oleh rakyat tak seberapa. Jadi kalau rakyat faham perkara itu, rakyat pasti akan lawan pelaksanaan GST di negara ini pada tahun 2015 nanti.
Untuk menuntut kerajaan hentikan GST 2015 nanti?
Tindakan yang perlu dilakukan dengan berikan tekanan-tekanan kepada kerajaan. Pertama, berikan tekanan di peringkat parlimen.
Sekarang persidangan parlimen sedang berjalan. Jadi eloklah dilakukan tekanan itu sekarang.
Kedua, berikan tekanan menerusi perhimpunanperhimpunan.
Tekanan menerusi perhimpunan adalah lebih berkesan. Menerusi perhimpunan itu, rakyat juga boleh menunjukkan bantahan kepada kerajaan dengan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri untuk pihak kerajaan mengkaji semua tindakannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan