Oleh Shawaliah Hadir
PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden Datuk Hasan Ali menegaskan PAS perlu
dipimpin oleh golongan ulama agar perjuangan kembali konsisten seperti
awal penubuhannya.
Tambahnya, PAS kini semakin goyah perjuangannya akibat golongan
Anwarinas yang juga disifatkannya sebagai parasit yang bermatlamatkan
mengguling parti Islam itu.
Justeru, kepimpinan ulama dalam parti itu adalah keperluan untuk mengembalikan PAS ke landasan yang asal.
Beliau berkata demikian bagi mengulas Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat
kali ini yang menyaksikan pertembungan antara golongan ulama dan
pemimpin erdogan iaitu Datuk Nik Amar Nik Abdullah mencabar Mat Sabu
dalam merebut jawatan Timbalan Presiden.
"Saya konsisten daripada dulu saya mahu lihat ulama yang memimpin PAS.
Ulama yang melihat dunia dan akhirat. Saya dapati ulama sedemikian ada
dalam PAS dan perlu diketengahkan.
"Nik Amar mencabar Mat Sabu ada kategori itu," tegasnya.
Beliau turut menganggap bahawa pemilihan kali ini bakal mencerminkan hala tuju parti yang sepatutnya memperjuangkan Islam.
Kedudukan parti itu di mata orang Melayu khususnya Islam yang juga bergantung kepada keputusan pemilihan itu nanti.
Hasan yang juga Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) berkata PAS dalam
pemilihan partinya akan memberi fokus kepada kerjasama parti itu dalam
gabungan Pakatan Rakyat (Pakatan).
Jelasnya apa yang disentuh dalan Multaqa Ulama PAS sebelum ini jelas
membuktikan parti itu sendiri sedar bahawa kedudukan dalam Pakatan
seakan-akan tidak menonjol lebih-lebih lagi selepas Pilihan Raya Umum
ke-13 yang lalu apabila dilihat undi daripada Melayu kepada PAS semakin
merosot.
"Saya mengharap itu dapat dicerminkan dalam muktamar dalam PAS.
Ketika ditanya adakah Hasan sudi kembali kepada PAS ini jawapan beliau:
"Jika ada jemputan daripada pimpinan PAS, saya akan pertimbangkan
dengan JATI, saya ada banyak pihak yang perlu dipertimbangkan jika
datang jemputan seperti itu," ringkasnya.
2 ulasan:
Rasanya tak payahlah, biarlah hasan ali tu terus berbaik baik ngan umno, nanti dia buat gempak lagi, susah org mcm ni, buang masa
Rasanya tak payahlah, biarlah hasan ali tu terus berbaik baik ngan umno, nanti dia buat gempak lagi, susah org mcm ni, buang masa
Catat Ulasan