Zaini Ghani
KUALA LUMPUR - COMANGO hari ini mengecam sekeras-kerasnya
tindakan sesetengah badan bukan kerajaan (NGO), khususnya NGO berasaskan
islam yang menggangu dan membuat tuduhan tidak berasas terhadap
pertubuhan itu secara berterusan.
Wakil COMANGO Honey Tan Lay Ean berkata, pertubuhan itu kecewa ketika
dilabelkan sebagai sebuah badan yang hanya memperjuangkan hak kebebasan
beragama dan menyokong amalan LGBT (Lesbian,Gay,Bisexual and
Transgender) oleh beberapa NGO islam yang lain.
"COMANGO berasa kecewa kerana kerajaan terlalu bagi muka kepada NGO-NGO
ini (Ikatan uslimin Malaysia (ISMA), MUPRO dan Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia(YADIM) untuk menuduh kami, sedangkan antara perjuangan kami
adalah untuk memerdekakan hak manusia.
"Dalam pada itu, kami turut menerima ancaman daripada badan kerajaan
seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM). Sebagai contoh, dalam satu
khutbah Jumaat yang diadakan pada 18 Oktober lepas yang menyebabkan
JAKIM meminta pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadap kami," katanya
dalam satu sidang media yang di adakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala
Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini hari ini.
Honey yang juga wakil Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor menafikan
segala tuduhan NGO yang disifatkan sebagai mempunyai kepentingan sendiri
itu yang mengatakan bahawa perjuangan COMANGO seolah-olah mengancam
kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia, menafikan hak
keistimewaan orang melayu sekaligus menggugat keamanan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan