Pertikaian
berhubung penggunaan perkataan Allah antara umat Islam dan juga
komuniti bukan Islam bukan sahaja menjadi perdebatan hangat di negara
ini, malah mendapat perhatian media negara Komunis seperti Rusia.Rusia
Post berkata, tindakan pihak berkuasa agama seperti Jabatan Agama Islam
Selangor (Jais) merampas kitab Bible berbahasa Melayu adalah petanda
kerajaan Malaysia berpaling ke belakang daripada program kesederhanaan.
Akhbar itu
mendakwa, di sebalik usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
mempromosikan kesederhanaan dan 1Malaysia, langkah melarang penggunaan
kalimah Allah oleh bukan Islam menyukarkan perkara itu dilaksanakan.
“Bagaimanapun,
perbezaan pendapat dalam kepimpinan dalam menyampaikan mesej
kesederhanaan dan kewujudan semakin meningkat, dengan umat Islam
mengambil pendekatan eksklusif terhadap isu sensitif antara agama.
“Isu itu
dilihat oleh pemerhati luar sebagai pertikaian semantik, namun
kontroversi ini bakal menyaksikan tercetusnya ketegangan antara
komuniti Melayu, Cina, dan India dan diprovokasi,” memetik laporan
akhbar berkenaan.
Dalam
artikel berkenaan, Rusia Post berkata, walaupun Malaysia merupakan
sebuah negara dengan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah, mufti-mufti di
negara ini “mengancam” penganut Syiah.
Malah,
mereka melaporkan pihak berkuasa agama turut berjaya mengarahkan
pemilik surau beragama Islam dari Singapura merobohkan surau di resort
miliknya kerana membenarkan penganut Buddha menjalankan upacara
keagamaan di dalamnya.
“Dengan
hubungan perkauman dan keagamaan yang begitu rapat di Malaysia, tekanan
dan polisi eksklusiviti oleh pihak berkuasa agama adalah resepi untuk
ketidakseimbangan kaum,” kata akhbar itu.
Jais
sebelum ini menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan
merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban sekaligus menyaksikan
isu kalimah Allah menjadi perhatian umum.
Tindakan
itu turut menyaksikan kerajaan negeri Selangor kemudiannya menetapkan
Prosedur Operasi Standard (SOP) Jais berkenaan dipinda dengan
menetapkan mereka perlu mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri
sebelum melakukan sebarang serbuan melibatkan perkara sensitif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan