Mufti Perak berpolitik lagi.
Beliau menganggap perserta himpunan TURUN baru-baru ini patut ditangkap
kerana
mereka menderhaka kepada kerajaan. Kenyataan beliau yang dikatakan
disiarkan
oleh Berita Harian itu elok dibahaskan oleh semua sadiqiah Islam, baik
dari
dalam dan luar negara kerana ia membabitkan tuduhan beliau yang mereka
ini
derhaka kepada kerajaan dan halal darah mereka. Yang beliau sebutkan
sebagai halal darah mereka ini bermakna peserta perhimpunan ini tidak
berdosa jika mereka dibunuh.
Ini merupakan satu ‘fatwa’ yang
sangat mengelirukan dengan membabitkan PAS sebagai sebuah parti yang menjual
agamanya. Akhir-akhir ini terlalu ramai ‘ulama’ yang membuat fatwa dan
bertopengkan kepada jawatan dan kedudukan mereka dalam masyarakat yang dilantik
oleh kerajaan. Oleh kerana islam ini ‘universal’ elok perjumpaan dan diskusi
tentang isu ini dilakukan dan dihadiri oleh semua alim ulamak seluruh dunia.
Saya mencadangkan supaya
dihimpunkan semua sadiqiah Islam seluruh dunia kerana ini amat berat isunya.
Mufti politik ini telah beberapa kali menjadi isu kepada rakyat khususnya orang
Islam sendiri.
Saya bukan mahir dan alim dalam
agama tetapi saya tahu ada perkara yang amat salah yang diperkatakan oleh mufti
ini. ‘Once and for all’ elok semua perbadan NGO dan parti politik negara ini
menganjurkan forum perdana dan dibahaskan isu ini secara terbuka kerana ini
amat berat isunya. Kita mahu tahu juga siapa sebenarnya menjual agamanya.
Sekarang kita sudah tidak tahu
lagi yang mana satu yang betul dan yang mana satu yang salah lagi. Jika
dipandang dari sudut negara kita maksud beliau itu kita mesti jangan menentang
kerajaan yang ada walaupun semungkar mana pun kerajaan itu.
Saya tidak yakin agama kita
menyuruh kita menyokong yang mungkar jika itu persepsi rakyat. Yang kita faham
hanya satu. Kita mesti menyokong apa yang dikatakan ‘amar makruf nahi mungkar’.
Tetapi mufti ini lain pula
ajarannya. Mungkin saya ini orang yang terlalu jahil tetapi ada juga keyakinan
saya yang mufti ini telah mengeluarkan ‘fatwa’ yang sangat tidak betul. Saya
seorang beragama Islam dan bukannya pandai dan mahir bab agama. Tetapi saya
juga faham, ‘there is something so wrong here’.
Maka perhimpunan seramai mana
sadiqiah Islam wajar diadakan kerana jika mufti ini menyelewengkan
hukum,
beliau amat merbahaya kepada rakyat dan negara. Dalam pemikiran saya
sepintas lalu sekarang ini, elok usaha ini dianjurkan oleh Majlis
Raja-Raja Melayu yang mempunyai 'authority' dalam mengendalikan hal
agama Islam membuat initiatif bagi mengumpulkan seramai mana ulamak
Islam seluruh dunia dan kita perbahaskan isu berat ini sampai ke akar
umbinya.
Jika benar 'fatwa' Mufti ini maka kita akan melihat puluhan ribu manusia yang darah mereka halal dan boleh dibunuh dan ia adalah tindakan yang tidak berdosa mengikut 'fatwa' gila ini.
Jika 'fatwa' Mufti ini didapati betul, apa kah yang terjadi kepada Nabi Musa Alaihissalam dan pengikut-pengikutnya kerana menderhaka kepada kerajaan Firaun dahulu? Kita semua tahu jika sejarah yang kita baca selalu ini benar yang Firaun dahulu tidak memperjuangkan kehendak Quran tetapi memperjuangkan kehendak Qarun.
Mungkin Mufti ini tersilap dan tidak dapat membezakan nilai Quran dan Qarun itu. Kita dengar reaksi Jamil Khir Baharom, Menteri agama Jabatan Perdana Menteri. Hendak juga kita mendengar hujah beliau dalam isu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan