Hard Rock Café pun menjadi isu politik di negara ini. Tidak ada yang tidak diperkelahikan. Perbadanan Putrajaya sepatutnya memberikan jawapan muktamad dan jangan membiarkan isu ini menjadi perbualan ramai. Jika HRC ini tidak dibolehkan beroperasi di Putrajaya itu nyatakan dengan jelas ia tidak boleh diadakan di sana.
Pertamanya kita sudah tahu HRC ini adalah pusat hiburan dan tempat makan minum yang mahal dengan muzik nya yang kuat dan juga tempat orang berhibur menari dan minum dengan minuman keras. Jika ada dasar yang ditetapkan yang pusat hiburan seperti ini tidak dibenarkan beroperasi, jawap lah dengan tegas, tidak boleh!
Jika boleh katakan boleh. Mengapa masing-masing meleret-leret membuat
kenyataan yang gila babi yang datang dari orang-orang bergelar pemimpin
yang bernama dan bergelar. Sebenarnya ramai yang sedar yang hendak
kekalkan imej Putrajaya yang mahal itu. Jika kita hendak menjaga
identitinya sekarang membenarkan pusat hiburan HRC itu tidak boleh
dibenarkan.
Tidak payahlah Pak Menteri seperti T Adnan bercakap melelong dan
mensyaratkan HRC membawa imej Islam dengan lagu nasyid dan sebagainya
jika hendak beroperasi di Putrajaya itu. Jika HRC mengubah identitinya
sebagai pusat hiburan yang mempunyai muzik dan nyanyian rock dan
sebagainya dengan menyanyikan hanya lagu-lagu nasyid, itu bukan HRC
namanya.
Perbadanan Putrajaya sepatutnya kekal dan tegas dengan dasarnya yang
tidak boleh dibenarkan pusat-pusat hiburan seperti HRC beroperasi di
Putrajaya dan tutup isu itu. Tetapi sebaliknya Ahli Parlimennya tidak
boleh kalau tidak mengeluarkan kenyataan yang nampak amat memalukan.
Tidak perlu HRC itu mengubah identitinya dengan menukar lagu-lagu nasyid
dan berbagai lagi.
Kita boleh lihat contoh Dewan Bandaraya Shah Alam yang dari dulu tidak
membenarkan pusat hiburan seperti itu, tidak ada pusat atau kedai
menjual tiket judi seperti TOTO dan jenis perjudian yang lain dan tidak
ada panggung wayang. Tanpa itu semua bukan tidak maju Shah Alam itu dan
tetap sebagai tempat yang didiami oleh semua masyarakat dengan aman dan
sentosa. Tidak ada polimik dan tidak ada isu dalam hal ini. Juga
difahami orang yang hendak membawa HRC ke Putrajaya itu sendiri tinggal
dalam rumah yang tersergam di Shah Alam.
Dalam isu ini tentu ada pihak yang pada awalnya ingin melihat HRC
beroperasi di Putrajaya dan ia melibatkan perniagaan peribadi dan
keuntungan kepada pihak yang tertentu. Jika tidak ada niat setengah
pihak mahukan keuntungan kerana kedudukan mereka dalam Perbadanan
Putrajaya itu tidak timbul isu itu.
Semasa Tan Sri yang berjumpa dengan Pengerusi Perbadanan Putrajaya itu
dahulu, sepatutnya di beritahu dengan tegas yang Putrajaya tidak
membenarkan pusat hiburan seperti HRC beroperasi di Putrajaya.
Negara sedang berada dalam kecemasan politik dan ekonomi, pemimpin masih bercakap tentang isu-isu yang kecil seperti ini.
Dalam pada itu masih lagi mahu meminta rakyat menyokong terus-terusan.
Hairan dengan sikap pemimpin yang ada di Perbadanan Putrajaya itu. Saya
tahu isu ini bermula kerana ada pihak yang mahu mengambil kesempatan
untuk mencari ‘duit luar’ walaupun dia tahu yang Putrajaya tidak
membenarkan pusat hiburan seperti HRC itu.
Banyak tempat lain lagi HRC boleh beroperasi dan menambah cawangannya.
Cuba pohon kebenaran untuk beroperasi di Bahau ke, atau di Meru, atau
ditempat lain yang mudah untuk mendapat kebenaran beroperasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan