Zaini Ghani
KUALA LUMPUR- Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Sohaimi Shahadan hari
ini menggesa supaya Menteri Besar Selangor mengotakan janji yang dibuat
berkaitan pembatalan penutupan Pusat Giat Mara di Selayang.
Sohaimi yang juga dilantik sebagai Jawatankuasa Badan Bertindak Khas isu
itu berkata, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim harus turun
padang untuk melihat sendiri sebarang tindakan yang dilaksanakan bagi
mengelak sebarang bentuk salah faham dan kecelaruan maklumat.
"Kita minta supaya Menteri Besar turun padang untuk melihat sendiri sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan.
"Saya percaya maklumat yang disampaikan tidak betul barangkali kerana ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh," katanya.
Sohaimi berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam satu sidang
media yang di adakan di Pusat Giat Mara Selayang, di sini hari ini.
Tambahnya lagi, Jawatankuasa Badan Bertindak Khas akan terus memainkan
peranan dalam memantau perkembangan isu ini dari semasa ke semasa
meskipun ada pengumuman pembatalan penutupan dibuat dari Menteri Besar
Selangor.
Dalam pada itu, Khalid Ibrahim turut mengenakan syarat ketika
mengumumkan pembatalan penutupan tersebut di mana pihak kerajaan negeri
akan mengambil alih tanah di kawasan itu sekiranya pihak Giat Mara tidak
meningkatkan prasarana dan infrastruktur mereka dalam masa setahun.
Mengulas lebih lanjut mengenai isu itu, Sohaimi menyifatkan tindakan
kerajaan negeri yang mengeluarkan notis pengosongan tapak Giat Mara
sebagai 'ada udang di sebalik batu' berikutan lokasi tapak yang
dikatakan agak kurang menarik untuk dibangunkan menjadi tapak industri
berasaskan penerbangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan