HALAMAN SANTAI

Sabtu, 18 Januari 2014

‘Mega Walk’ ke Putrajaya 23 Feb, bantah insinerator Kepong

Basyar Abkadir


ktiKUALA LUMPUR : Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator (KTI), akan mengadakan ‘Mega Walk’ ke Putrajaya pada 23 dan 24 Februari ini sebagai simbolik bantahan pembinaan insinerator di Kepong.

Pengerusi KTI, Isaiah Jaacob berkata, protes berjalan kaki itu akan bermula dari Padang Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada hari Ahad, 23 Februari menuju ke Serdang, Selangor.

“Kemudian, kami akan adakan ceramah di sana pada sebelah malam dan awal pagi 24 Februari (Isnin), kami akan mula berjalan ke Putrajaya,” kata Isaiah kepada Keadilandaily.

Tambahnya, KTI dua siri ceramah sempena ‘Mega Walk’ akan diadakan pada hari Ahad (19 Jan) jam 11 pagi di Seri Damansara dan Taman Dayak Selayang pada hari Rabu, 22 Januari.

kti
Kata Isaiah, kempen dengan tema “Selamatkan Malaysia daripada Insinerator’ akan dilancarkan kerana beliau mendapat maklumat bahwa kerajaan merancang untuk membiina ininerator di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Kami akan kumpulkan sebanyak 100 000 tandatangan sebagai memorandum bantahan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri pada 24 Februari nanti,” katanya.

Tiada ulasan: