HALAMAN SANTAI

Ahad, 5 Januari 2014

Pendakwah bebas dipantau

 
Tindakan diambil ke atas mereka yang tidak bertauliah.





PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) memantau kemasukan pendakwah bebas dari luar negara yang mahu menyampaikan ajaran Islam di negara ini.

Mereka dari pelbagai terutama   Indonesia, Bangladesh, Pakistan, India dan Thailand mengadakan ceramah agama di masjid dan surau tertentu di dalam negara.

Penolong Kanan Pegawai Agama  Jakim, Azwan Abdul Rahman memberitahu, bagaimanapun, ia bukan sesuatu yang mudah kerana mereka sudah mempunyai kumpulan yang membawa mereka di negara ini.

Beliau menambah,  penguatkuasaan ke atas pendakwah yang tidak bertauliah  dibuat oleh majlis agama negeri masing-masing.

“Saya ingin menjelaskan bahawa orang ramai boleh membuat laporan pejabat agama jika ada pendakwah atau guru agama tanpa tauliah mengajar di tempat mereka.

“Penguatkuasa agama akan menjalankan  siasatan dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang,” tambahnya.

Azwan memberitahu, orang ramai perlu menggunakan khidmat pendakwah yang mempunyai tauliah bagi memastikan ajaran agama yang disampaikan mengikut syariat.

JAWI, JAIS kuatkuasa undang-undang

Manakala seorang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) penceramah yang tidak mempunyai tauliah tidak dibenarkan mengajar di masjid di Wilayah Persekutuan.

Katanya, arahan itu bagi memastikan mereka yang layak sahaja boleh berbuat demikian.

“Kami sentiasa memantau agar semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan agar mematuhi arahan itu,” katanya.

Beliau menambah, premis persendirian yang mahu dijadikan tempat agama mesti mendapat kebenaran dari pihak berkuasa agama.

Sementara Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut menguatkuasakan undang-undang bahawa hanya pendakwah yang bertauliah boleh mengajar di surau dan masjid di negeri itu.

JAIS  juga tidak membenarkan pemimpin politik yang tidak mempunyai tauliah menyampaikan ceramah di masjid dan surau di Selangor.

Tiada ulasan: