MALAYSIAKINI
Cadangan supaya dikembalikan semula akta tahanan
tanpa bicara, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mampu mengekang
tindakan menghina agama Islam, mempertikaikan hak orang Melayu serta
memperlekehkan Raja-Raja Melayu, kata Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi
Ideris.
Beliau berkata demikian dalam kenyataannya yang menyokong cadangan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya dikembalikan semula akta tersebut.
Irwan mendakwa tindakan menghina Islam, orang Melayu serta Raja-Raja Melayu semakin berleluasa sejak ISA dimansuhkan.
"Kesan jelas akibat daripada pemansuhan akta tersebut adalah kritikan dan mempersenda secara terbuka terhadap agama Islam (terutama tentang isu kalimah Allah), percubaan penafian terhadap hak hak orang Melayu, menentang dan memperlekehkan institusi Raja-Raja Melayu dan pelabagai isu lagi.
"Apa yang terjadi ini menjadi ancaman terhadap keamanan yang telah kita kecapi sebelum ini.
"Kita harus bersama-sama menjaga keharmonian negara dan jangan menuding jari atas kesalahan orang lain," katanya dalam satu kenyataan.
Irwan dalam kenyataan yang sama juga menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya terlalu ghairah melakukan transformasi sehingga tunduk kepada suara pembangkang.
"Inilah risiko apabila hendak mentransfomasikan semua sehingga suara rakyat yang sumbang seperti pembangkang juga kerajaan tunduk kalah," katanya.
Najib mengumumkan pemansuhan ISA pada 15 September 2011 sewaktu perutusan khasnya sempena Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September setiap tahun.
Pengumuman itu bersama pemansuhan akta lain seperti Akta Buang Negeri 1956, pemansuhan lesen tahunan penerbitan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 diuar-uarkan sebagai satu transformasi politik Najib ke arah Malaysia yang moden dan progresif.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan