MALAYSIAKINI
Polis akan menggunakan standard yang sama terhadap penyokong BN dan Pakatan Rakyat yang menganjurkan perhimpunan tanpa permit polis, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi .
Beliau menafikan dakwaan bahawa polis mengamalkan 'double standard' apabila berurusan dengan penyokong perhimpunan BN dan Pakatan.
kenaikan harga Ahad ini di Bandar Sunway, Seberang Jaya tidak mempunyai permit, penganjur akan didakwa di mahkamah di bawah Akta Perhimpunan Aman.
Mereka tertakluk kepada undang-undang yang sama dan mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9 Akta tersebut, yang menyatakan, antara lain, penganjur perlu memberi kepada pihak polis notis 10 hari (sebelum) ia diadakan, kata Abdul Rahim Ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Dinamakan TURUN 2.0, perhimpunan yang dianjurkan oleh Gabungan NGO membantah kenaikan harga barangan keperluan dan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) akan diadakan dari jam 2 petang hingga 4 petang di tempat letak kereta terbuka Bandar Sunway.
Ini susulan perhimpunan anti-kenaikan harga pada 31 Disember di Kuala Lumpur yang berjalan secara aman dengan dihadiri lebih 10,000 orang.
Antara pemimpin utama Pakatan yang akan menghadiri perhimpunan Ahad ini ialah MP PKR Pandan, Rafizi Ramli dan ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon, yang menganjurkan flash mob di Alma di mana replika Perdana Menteri, Najib Tun Razak disumbat dengan dengan 10kg kangkung.
Lee disoalsiasat oleh pihak polis Rabu lalu berkaitan dakwaan fitnah jenayah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan