KL TODAY
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya memotong RM1,698 elaun
keraiannya sebulan berbanding peruntukan berjumlah berbilion ringgit
untuk program-program berbentuk kempen politik, kata Pengarah Strategi
PKR, Rafizi Ramli (gambar).
Menurut
Rafizi, daripada sejumlah RM6.8 bilion yang diperuntukkan kepada Najib
untuk projek-projek berbentuk kempen politik, tiada sesen pun dipotong
melalui dana fasilitasi sebanyak RM4 bilion, penyusunan masyarakat
(RM900 juta), program mesra rakyat (RM665 juta), program pembangunan
(RM1.1 bilion) dan projek khas (RM202 juta).
“…
sedangkan perbelanjaan sebeginilah yang menyebabkan wang rakyat
dibazirkan dengan sewenang-wenangnya,” tegas Rafizi dalam kenyataan
medianya hari ini.
Walaupun
mengalu-alukan pengumuman mengenai langkah-langkah untuk mengurangkan
belanja kerajaan oleh Najib, beliau menyifatkan langkah penjimatan itu
sebagai berat sebelah dan tidak menyentuh perkara-perkara besar yang
menjadi punca bebaban kewangan yang ditanggung rakyat.
Menurutnya,
sungguhpun pemotongan elaun keraian sebanyak 10 peratus adalah satu
isyarat bahawa pentadbiran Najib sedar tentang kemarahan rakyat
mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang diumumkan BN, ia
sedikit pun tidak membantu menghentikan pembaziran dan keborosan sedia
ada.
“Saya juga
ingin menegur Dato’ Seri Najib kerana langkah-langkah penjimatan yang
diumumkan beliau banyak melibatkan kakitangan awam di bawah,
seolah-olah memberi gambaran bahawa kakitangan kerajaan adalah punca
utama pembaziran pentadbiran beliau.
“Langkah-langkah
seperti menjimatkan elektrik, mengurangkan penggunaan kain rentang dan
lain-lain memberi gambaran seolah-olah beliau menyalahkan kakitangan
kerajaan di atas kegagalan beliau sendiri mentadbir kewangan dengan
baik,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan