sakmongkol.blogspot
Rakyat Malaysia dikangkungkan: penebangan hutan paling dasyat di Malaysia.
Harga
barang naik, Allah yang tentukan. Banjir berlaku Allah juga yang menyebabkan. Maka,
boleh kita salahkan Allah? Menyalahkan Allah,
Allah juga yang menyebabkan nya? Jika kita tdak salahkan kerajaan, kita nak
salahkan siapa lagi? Cuba Dato Najib terangkan.
Dato
Najib ambil contoh kangkung sebagai bukti ada harga barang yang turun. Najib
mahukan pujian kerana harga sayur kangkung turun. Gimmick Najib melahirkan
respons negative yang banyak. Jangan kita hairan puak UMNO mengadakan
demonstrasi berguling mempertahankan presiden mereka yang kangkung itu. Nyatalah,
sementara presiden UMNO bertaraf kangkung, rakyat pula tidak mudah dikangkungkan.
Professor
Ungku Aziz seorang yang paling awal menilai pandangan dan pemikiran Zaaba
menulis dalam Facebook beliau:-
Pucuknya angkuh memanjat bukit,
tak sedar akar terendam air parit,
rakyat mengeluh lelah dan sakit,
sedikit diberi banyak diungkit..
Pucuknya angkuh memanjat bukit,
Tak sedar akar diair parit,
Bagaikan melepas anjing tersepit,
Dah jadi pemimpin , rakyat digigit.
Rakyat
dikangkungkan mengenai punca banjir.
Minggu
lalu saya bertemu dengan seorang rakan yang sekarang exco kanan negeri Pahang. Dia
merupakan satu2 nya calun UMNO yang menang di Kuantan. Yang lain semua
kecundang. Biasalah apabila sudah jadi exco nada cakap sedikit besar
menunjukkan keyakinan dan jati diri. Tapi kita tahulah, dikalangan puak UMNO, keyakinan
tersebut datang dari kedudukan dan jawatan. Sayang sekali, keyakinan tidak
datang dari kehebatan penghujjahan.
Kami
bercakap mengenai banjir yang menimpa Kuantan. Kuantan adalah daerah saya
membesar dari umur 5 tahun sehinga saya menamatkan tingkatan 6. Walaupun saya
lahir di Pekan Pahang, Kuantan merupakan kampong halaman saya.
Kami
bercerita hal banjir yang melanda Kuantan. Kawasan Sungai Isap, kampong Belukar,
Bukit Rangin, Cenderawasih, Taman Guru, semua dilanda banjir yang menyedihkan. Rata2
nya, mangsa banjr kehilangan semua.
Sebelum
saya tanya lanjut, kawan saya itu mempertahankan mengenai banjir tersebut. Hendak
buat macam mana.air naik secara mendadak. Persiapan untuk 30,000, mangsa
60,000. Ini kejadian alam. Kebetulan air laut pula pasang tinggi. Maka air tak
dapat pergi kelaut mengakibatkan banjir yang dasyat. Benteng sungai Isap pecah.
Ini sebab sebenar banjir tekan kawan saya.
Biasalah,
bila berdepan- kita menjaga air muka. Lagi pun verbal joustling tidak berguna. Dia
pun belanja saya makan nasi dagang. Tidak manis kalau kita bertekak. Nanti saya
menyebabkan belanja nya tidak ikhlas pula. Elok dia dapat pahala.
Tapi
kalau hujjah nya diberi depan JKKK daerah Kuantan, mungkin ianya dapat
diterima. Atau bercakap depan ajk cawangan UMNO lagi boleh diterima.
Hujan
itu memang kejadian alam. Tapi banjir yang dasyat membayangkan bahawa langkah2
mengatasi banjir di Pahang lemah. Pengawasan terhadap pencabulan kawasan tadahan
air tidak sedikit pun disentuh.
Malaysia negara yang tidak ada bencana alam seperti Indonesia dan Filipinan. Bencana yang melanda Malaysia, hampir semua nya buatan manusia. Banjir umpamanya, adakah kesan lansung dari pembotakan dan pengondolan khazanah hutan negara kita.
Malaysia negara yang tidak ada bencana alam seperti Indonesia dan Filipinan. Bencana yang melanda Malaysia, hampir semua nya buatan manusia. Banjir umpamanya, adakah kesan lansung dari pembotakan dan pengondolan khazanah hutan negara kita.
Kita
hanya perlu pergi ke kawasan Sungai Lembing dimana air Sungai Kuantan bermula
untuk melihat pembotakan dan pengondolan kawasan hutan. Kalau kita naik
helicopter seperti yang selalu dilakukan oleh MB Pahang, maka kita mungkin
pengsan melihat penrogolan bersiri kawasan balak di Ulu Kuantan iaitu Sungai
Lembing dan kawasan sekitar nya.
Banjir
di
Kuantan disebabkan pembalakan yang tidak lagi terkawal. Beberapa tahun
lalu,
ketika saya ADUN UMNO saya telah mencadangkan dalam DUN Pahang supaya
membatalkan semua lesen pembalakan swasta. Sebabnya pelsen2 ini lah yang
mencuri
kayu balak dan menebas hutan sewenang wenang nya tanpa terkawal. Beri
lesen untuk 100 ekar, bantai 500 ekar. Kecurian balak berlaku hari hari.
Yang lagi
terror dikalangan pembalak ialah mereka yang menggunakan nama Sultan
Pahang
untuk merogol khazanah hutan kita.
Saya
cadangkan hanya penebang bertauliah dan dilesenkan oleh kerajaan sahaja
dibenarkan mengeluarkan balak. Lebih baik, satu ejensi kerajaan khusus diujudkan. Balak2 tersebut hendaklah dikumpulkan dalam
kawasan2 bonded area. Sesiapa yang didapati menebang hutan balak tanpa lesen dan
tauliah kita dijelkan. Hanya yang dilesenkan kerajaan sahaja yang dibenarkan. Dengan
cara ini kita tahu siapa penceroboh. Di Thailand, pencoroboh hutan ditembak
mati.
Apabila
balak dihimpunkan dalam kawasan bonded area, semua yang berminat membeli balak
untuk diproses dikilang2 mereka membeli nya disana dan membayar cukai ketika
keluar gate kawasan bonded area. Tauke besar atau kecil semua ada peluang yang
sama untuk beli kayu2 balak dari bonded area.Semua ada peluang sama untuk beli kayu.
Mengapa
kita lakukan begini? Pertama kita mengawal pencerobohan kawasan hutan. Kalau hanya
pihak kerajaan sahaja yang berlesen untuk tebang pokok, maka semua pihak lain
adalah penceroboh. Kecuali pihak kerajaan ada anasir2 yang menceroboh hutan. Ini
akan menyebabkan pemantauan lebih mudah dan murah.
Kalau
balak hilang juga dan kawasan yang dilesenkan dicabuli, kita tangkap kontraktor
dan ejensi yang dilesenkan. Kedua kita menyekat kebocoran revenue dari hasil
hutan. Hasil cukai dikutip bila pembeli balak keluar dari gate bonded area. Revenue
terus masuk dalam poket kerajaan.
Biasalah,
pihak
yang berkepentingan membisu apabila dikemukakan cadangan ini. Mana
boleh
terima- sumber mendapat wang tambahan tertutup. Tauke2 pun tidak datang
ke
Pejabat Hutan beri angpow. Pembalak2 besar akan terus melobi supaya
kaedah pemberian lesen dikekalkan status quo- supaya kepentingan mereka
diteruskan.
Apa
kaitan dengan banjir?
Jika
air melempah kekawasan hilir Kuantan, ini membayangkan betapa banyak nya kayu2
balak telah ditebang. Betapa luasnya kawasan di Ulu Kuantan dirogol oleh
pembalak2. Bayangkan ini- setiap batang pokok mampu menampung sebanyak 400
gelen air. Berapa ratus ribu pokok sudah diebang oleh pembalak2 yang tamak
haloba yang menyebabkan air di hulu tidak dapat disekat.
Jadi
kepada kawan saya yang exco Pahang dan yang mungkin memasang cita2 hendak jadi
MB, lain kali bila bercakap jangan ingat kita bercakap depan ahli JKKK atau
ahli cawangan UMNO. Bukan semua audiens bodoh dan terikat hidung macam mereka.
Dan
kurangkan main golf itu sahabat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan