RIZAL TAHIR
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yaacob, mengingatkan kakitangan awam negeri itu supaya membaca bagi memperolehi ilmu bagi melahirkan produktiviti yang positif dalam menjana ekonomi kerajaan.
Katanya, membaca adalah otak minda yang dapat membantu kakitangan dalam meningkatkan produktiviti budaya kerjua yang lebih tersusun.
“Oleh itu, carilah ruang dan peluang untuk membaca, untuk belajar dari orang yang berjaya, sebagai motivasi kepada diri kita sendiri,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan amanat khasnya kepada kakitangan PMBK serta anak-anak syarikat PMBK, di Perdana Resort, di sini semalam.
Menurutnya, berdasarkan kepada pengamatan ekonomi, 2014 adalah tahun mencabar bagi pengurusan ekonomi.
Oleh itu, katanya perkemaskan pengurusan di segenap peringkat, disamping sering bertanya dan membuat rujukan.
“Gerakkanlah PMBK dan kumpulannya sebagaimana kita menjaga dan menggerakkan aset peribadi masing-masing,”ujarnya.
Ahmad berkata, biarlah rezeki yang ada dibawa pulang adalah rezeki yang diberkati kerana ianya bersambung di akhirat.
“Saya juga mengambil kesempatan yang berharga ini dengan menyentuh pencapaian anak-anak syarikat Kumpulan PMBK untuk sama-sama kita gembelingkan idea-usaha kemajuan,” tegasnya.
Katanya, untung dan rugi adalah adat berniaga di mana kayu pengukur pencapaian syarikat adalah terletak pada data untung ruginya.
Sambungnya, namun ianya tidak boleh menafikan faktor utama yang menyumbang kepada untung rugi ini ialah pengurusan dan tenaga kerja yang efektif, cekap dan berkemahiran.
“Saya percaya ilmu boleh ditingkatkan dengan pembelajaran, kursus dan latihan. Semaikan minda untuk terus belajar bagi memahirkan kita dalam pengendalian tugas yang diamanahkan.
“Jangan pernah berniat sekalipun untuk berhenti belajar dan mengkaji sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi ia berkaitan dengan tugas dan kerja masing-masing,” ujarnya lagi.
Turut berucap dalam majlis berkenaan Ketua Pegawai Operasi PMBK, Sanusi Hj Othman.
Dalam majlis yang sama, PMBK telah menyampaikan surat perhargaan kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan