THE MALAYSIAN INSIDER
Menolak permintaan Proton Holdings untuk talian hayat kewangan akan menjadi lebih sukar bagi Putrajaya selepas ini berikutan pelantikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya, kata satu laporan hari ini.
The Edge Review berkata, selama lebih setahun, pentadbiran yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak beberapa rayuan bantuan kewangan daripada pembuat kereta nasional yang bermasalah, bergelut dengan jualan yang lemah, hutang besar dan persaingan dengan kereta asing.
Tetapi dengan perlantikan secara mengejut Dr Mahathir sebagai pengerusinya, “berkata tidak kepada Proton akan menjadi lebih sukar selepas ini," kata laporan itu.
Dr Mahathir menubuhkan Proton pada 1983 ketika beliau menjadi perdana menteri dan berperanan sebagai penasihat sejak beliau bersara pada 2003.
Menurut laporan itu, Putrajaya menolak permintaan Proton bagi geran sehingga RM2 bilion awal tahun lalu dengan alasan kerajaan perlu mengurangkan bajetnya yang semakin defisit itu.
Proton sekali lagi memohon bantuan RM1.7 bilion untuk membiayai penyelidikan dan pembangunannya, kata pegawai kerajaan dan eksekutif auto kepada mingguan itu.
Walaupun Putrajaya tidak mampu untuk meluluskan pemberian, menolak permintaan Proton, terutama dengan Dr Mahathir di atasnya, boleh berubah menjadi "politik yang sukar" untuk Najib, kata pegawai itu.
(Najib bergelut dengan penilaian kelulusan yang rendah dan berkuasa dalam keadaan sukar berikutan pencapaian suram suram Barisan Nasional pada pilihan raya umum tahun lalu.)
Dr Mahathir, 88, kekal sebagai tokoh berpengaruh dalam landskap politik dan korporat di negara ini dan mengkritik pentadbiran Najib dan kepimpinan beliau baru-baru ini.
Laporan itu memetik penganalisis politik, yang berkata menolak permintaan Proton boleh meletakkan Najib dalam kedudukan sukar daripada perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat itu.
The Edge Review berkata, Proton adalah satu-satunya insiatif "industrialisasi bercita-cita tinggi" yang masih kekal yang dimulakan oleh Dr Mahathir pada awal 1980-an. Usaha lain dalam industri keluli dan simen gagal walaupun berbilion ringgit dibelanjakan untuknya.
Proton juga terus berjuang untuk bertahan melalui perlindungan duti import tinggi yang dikenakan ke atas kereta asing dan dibantu dengan geran dan pembiayaan lain daripada kerajaan.
Kuasa pasarannya jatuh kepada 22% daripada 60% pada pertengahan 1990-an.
Ia bermula sebagai sebuah syarikat milik negara tetapi pada 2012, syarikat penyenaraian awam Proton Holdings itu dibeli oleh usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, yang sangat rapat dengan Dr Mahathir.
Pegawai kerajaan dan eksekutif industri berkata, pemilikan swasta adalah satu lagi sebab Proton tidak perlu diberi diberikan bantuan kewangan.
"Ia adalah perniagaan yang sukar dan Proton tidak mempunyai teknologi atau jumlah pasaran untuk bersaing ," kata seorang ketua eksekutif bagi syarikat kereta asing yang berpangkalan di Kuala Lumpur dipetik sebagai berkata.
"Geran baru pun tidak mungkin untuk mengubah keadaan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan