HALAMAN SANTAI

Jumaat, 23 Mei 2014

Kes Adam Adli tangguh akibat pendakwaraya gagal kemuka notis bantahan kedua

Oleh Lyn Nasir


KUALA LUMPUR : Kegagalan pihak Pendakwaraya Abbas Zafri memberikan notis untuk bantahan kedua berhubung bidang kuasa Mahkamah Tinggi menyebabkan kes Adam Adli Abdul Halim yang didakwa di bawah Akta Hasutan terpaksa ditangguh hari ini.
n surendran new_250_220
Peguam N Surendran berkata, beliau sedia memberi hujahan berhubung isu bidang kuasa Mahkamah Tinggi yang dijadikan sebagai bantahan awal oleh Abbas, namun perkara tersebut tidak dimaklumkan kepada pihaknya terlebih dahulu.

Jelas beliau, pihaknya hanya diberi notis bertarikh 24 April 2014 untuk bantahan pertama berhubung isu pengggantungan kes ke Mahkamah Sesyen, namun tidak dimaklumkan perkara lain yang turut akan dijadikan sebagai bantahan awal.

“Notis yang diberi kepada saya sebelum ini iaitu pada 24 April 2014, dan bantahan awal tersebut digugurkan walaupun kita menuntut perkara tersebut.

“Isu kedua pula mengenai bidang kuasa, tapi pihak kami tidak diberitahu perkara itu juga dijadikan sebagai bantahan awal. Jika

kami dimaklumkan perkara itu, kami pasti bersedia untuk menjawab dan memberi apa jua maklumat,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Justeru, Surendran bersama pasukannya akan berhujah pada 29 Mei ini jam 2.30 petang, sepertimana ditetapkan mahkamah.

Adam yang merupakan aktivis mahasiswa ditahan di Bangsar Utama pada 18 Mei tahun lepas, kira-kira 3.15 petang di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan kerana memberikan ucapan yang didakwa berbaur hasutan pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor pada 13 Mei tahun lalu.

Tiada ulasan: