Roketkini.com
PRK Teluk Intan tidak akan memberi apa -apa kesan besar
kepada UMNO dan Barisan Nasional. Sama ada ia kalah atau menang, ia
bukan persoalan besar buat koalisi pentadbir negara.
Namun reaksi UMNO-BN dalam kempen ini agak luar biasa.
Mereka seolah-olah tergamam dengan pencalonan DAP yang meletakkan
seorang wanita muda yang mahu memperjuangkan nasib rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum dan agama.
Jika mengikut logik politik, calon DAP yang baru
berkecimpung dalam politik itu Dyana Sofya tentunya tak mampu menyaingi
kehebatan calon BN yang diwakili Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.
Namun cara serangan dan taktik kotor UMNO-BN menggambarkan mereka sedang berdepan dengan kemelut politik yang besar.
Mereka menghantar mat rempit untuk mengganggu lawatan Dyana
ke pasar malam. Mereka menghantar jagoan kampung untuk menghalau
rombongan kempen Dyana dari desa mereka.
Pimpinan UMNO pusat mengutuk Dyana dan memperlekehkan
kemampuannya – kerana dia seorang wanita Melayu beragama Islam yang
berani menjadi ahli parti pelbagai kaum DAP.
Di alam maya, walaupun sambutan positif terhadap Dyana amat
memberangsangkan, masih ada bajingan siber yang mencipta Facebook palsu
untuk memfitnah dan memburukkan calon DAP tersebut.
Bagi pimpinan UMNO khususnya, Dyana hanyalah budak baru
belajar yang bertanding melawan tokoh besar BN. Jika begitu, mengapa
begitu dahsyat sekali serangan terhadap anak jati Perak itu?
Apalah agaknya yang amat ditakuti oleh UMNO?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan