SM AMIN
Ku Nan sedih dengan insiden kekecohan di Plaza Lowyat.
KUALA LUMPUR- Peniaga telefon di Plaza Low Yat yang terlibat dalam kes kecurian telefon bimbit pada Sabtu tidak seharusnya mengambil tindakan sendiri, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan
berkata, peniaga kedai telefon itu sepatutnya menghubungi pihak
berkuasa bagi mengatasi situasi tersebut.
Bagaimanapun, Ku Nan juga kecewa dengan
sikap budak lelaki yang dipercayai mencuri telefon di kedai itu yang
bertindak memanggil kawan-kawannya kembali ke kedai tersebut untuk
membalas dendam.
“Kalau yang curi ke atau yang beri barang
tipu ke, pemilik kedai tidak boleh ambil tindakan sendiri walaupun
lelaki itu cuba menipu dia.
“Dia patut hubungi pihak keselamatan,
pihak polis untuk kawal keadaan. Sama juga kepada budak lelaki itu.
Kenapa bawa kawan datang untuk balas dendam?
“Tidak ada persefahaman diantara kita.
Ini sangat teruk kepada negara. Saya sangat sedih apa yang berlaku,”
katanya kepada pemberita di di Program Nur Ramadhan bersama gelandangan
di sini.
Ku Nan juga meminta media memainkan peranan supaya tidak menulis berita yang boleh menimbulkan ketegangan di antara kaum.
“Disebabkan hendak jadi popular, kamu tulis apa yang kamu suka termasuk lagakan pemimpin dengan pemimpin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan