Pejabat Perdana Menteri.
KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri berkata, tuduhan kononnya
kira-kira RM2.6 bilion telah disalurkan ke dalam akaun bank peribadi
Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan sabotaj politik yang berterusan.
Dalam respons segera terhadap laporan oleh The Wall Street Journal,
bersumberkan daripada penyiasat tidak dinamakan, PMO berkata terdapat
usaha bersepadu oleh individu tertentu untuk melemahkan keyakinan
terhadap ekonomi negara.
Individu tertentu cuba memburukkan kerajaan dan menyingkirkan perdana
menteri yang dipilih secara demokrasi, meskipun kejayaan Najib dalam
mengemudi ekonomi Malaysia mengharungi keadaan tidak menentu global
sekarang, menurut PMO dalam kenyataan hari ini.
"Dilaporkan bahawa pembocoran dokumen, pemalsuan dan pemerasan berlaku untuk mengelirukan media dan orang ramai.
"Dengan itu menjadi kewajipan kepada anggota media yang
bertanggungjawab untuk tidak menganggap dokumen-dokumen berkenaan
sebagai tulen melainkan disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan". -
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan