"Tidak ada apa salahnya dengan perkataan pendatang," kata Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Datuk Raja Arif Raja Ali hari ini.
Sebaliknya, kata Raja Arif, apa yang membuat perkataan "pendatang" salah adalah cara penyampaian atau maksud perkataan itu sendiri.
"Cara penyampaian (perkataan) yang berbeza - itu yang salah," katanya lagi.
Raja Arif demikian mengulas kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam semalam yang mahu perkataan "pendatang" diharamkan.
“Ini perlu dikaji dengan sebaik-baiknya oleh pucuk pimpinan BN dan bersetuju bahawa ia tidak boleh dibiarkan lagi.
“Perkataan ini sepatutnya diharamkan. Orang India dan Cina yang dilabelkan orang luar telah berada di sini selama enam generasi," kata Subramanian.
Bagaimanapun, mengulas lanjut perkara itu Arif berkata semua pihak jangan sekali-kali menafikan hakikat sejarah di mana ketiga-tiga kaum teras di negara ini bermula.
"Orang Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan adalah warganegara Malaysia, cuma kita kan belajar sejarah.
Memang asal usul mereka tidak dapat dinafikan dari sana (negara China dan India).
"Bangladesh yang datang ke sini pun ada sejarahnya. Jangan nafikan hakikat sejarah," tegas Arif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan