Besan kepada Datuk Seri Najib Razak, Maira Nazarbayeva, dilapor menggunakan nama perdana menteri selepas dituduh mengambil sedozen beg tangan berjenama Hermes bernilai AS$400,000 (RM1.7 juta) tanpa membayar.
Memetik saman persekutuan Manhattan, akhbar itu berkata, Maira didakwa mengugut mencederakan presiden Samilor, Bella Belkin, dan keluarganya.
"Anda kenal siapa anak saya! Dia menantu perdana menteri Malaysia!"
Anaknya, Daniyar Nazarbayev, berkahwin dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa.
Ini bukan kali pertama Maira dan anaknya mendapat perhatian.
Pada 2012, mereka dituduh menipu Bolat berhubung sebuah kondominium bernilai AS$20 juta di Wall Street.
Maira menafikan tuduhan itu, mengatakan laporan itu timbul kerana "masalah peribadi keluarga" yang "dimanipulasi dan dieksploitasi pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik".
Pada tahun yang sama, The New York Post melaporkan perkahwinan Maira dan Bolat dibatalkan selepas Bolat mendapat tahu isterinya didakwa dikehendaki Interpol kerana pelbagai jenayah termasuk penculikan dan peras ugut.
Bagaimanapun, Maira menegaskan perkahwinannya masih kekal.
Dalam kes berasingan, Daniyar juga dituduh menipu kelayakan akademiknya untuk memasuki Universiti Columbia di Amerika Syarikat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan