shahbudindotcom
Susulan beberapa pendedahan oleh Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan atau NOW berkaitan perbelanjaan YaPEIM di luar negara, termasuk menganjurkan kursus perkahwinan, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Paimuzi Yahya berkata, program yang diadakan di Paris itu ialah bagi menjimatkan kos.
Katanya,
dari segi ekonomi memang menjimatkan kos pelajar luar negara kerana
mereka tidak perlu pulang ke Malaysia semata-mata untuk menghadiri
kursus tersebut.
"Apabila
kita buat di luar negara dan kita kumpulkan 150 untuk menghadirinya,
belanjanya memang sedikit. Itulah keuntungannya," jelas beliau.
Cerdik, tak berapa cerdik atau terlebih cerdik kenyataan seperti itu?
Sebagaimana
yang didedahkan oleh NOW sebelum, kos untuk kursus perkahwinan di Paris
itu yang katanya termasuk untuk memastikan pelajar tidak terpengaruh
dengan budaya LGBT telah menelan belanja sebanyak RM290 ribu sedangkan
bayaran untuk menghadiri kursus perkahwinan di Malaysia adalah di bawah
RM200 seorang.
Dengan kos sebanyak RM290 ribu bagi 150 peserta, berapa belanjanya untuk tiap seorang peserta?
Adakah ia lebih murah daripada RM200 tadi?
Perlu
dan terdesak sangatkah kursus perkahwinan diadakan untuk
pelajar-pelajar di luar negara? Sudah berapa ramai pula yang terlibat
dengan LGBT?
Jika
pelajar ingin berkahwin selepas kembali ke tanahair, apakah tidak boleh
mereka mengambil kursus itu di dalam negara sama ada ketika pulang
bercuti atau setelah tamat pengajian dengan kosnya hanya sekitar RM200
saja?
Kalau mereka ingin berkahwin di Paris pula, adakah sijil keluaran JAWI itu merupakan syarat wajibnya sebagaimana di Malaysia?
Selain
itu, adakah dengan mengadakan kursus tersebut, pihak JAWI, YaPEIM dan
sebagainya, lebih bertujuan menggalakkan pelajar berkahwin semasa dalam
pengajian mereka?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan