Husam Musa
KUALA LUMPUR - Pertemuan antara bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dengan Dewan Harian parti itu tetap akan tetap dijalankan esok, kata Naib Presidennya, Idris Ahmad.
Idris berkata, namun beliau tidak boleh mengesahkan sama ada Husam akan hadir atau tidak.
"Esok Mesyuarat Dewan Harian Pas Pusat akan berjalan seperti biasa, namun dia (Husam) datang atau tidak itu saya tak pasti, " katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Hadi cabar Husam bersumpah]
[ARTIKEL BERKAITAN: Husam dedah niat Abdul Hadi?]
Idris berkata demikian bagi mengulas sama ada Dewan Harian Pas Pusat akan tetap meneruskan pertemuan dengan Husam esok sepertimana tarikh yang ditentukan sebelum ini walaupun Adun Salor itu minta ia ditunda ke tarikh lain.
Husam meminta tarikh itu ditunda kerana beliau kini sedang mendapatkan rawatan kesihatan di China.
Beliau memberitahu hanya akan pulang ke Malaysia pada 22 November (semalam) namun ia bergantung kepada nasihat pakar yang mengubatnya.
Terdahulu Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan, Husam diminta memberi keterangan kepada Dewan Harian Pas Pusat pada 24 November (esok) di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan