PETALING JAYA: Pemilik kedai vape dikejutkan dengan kehadiran
Kementerian Kesihatan yang melakukan serbuan di seluruh negara yang
didakwa menyebabkan kerugian mencecah jutaan ringgit.
Di Selangor, lebih 300 kedai vape diserbu semalam.
"Kedai diserbu, barang dirampas dan saman turut dikeluarkan. Beberapa
kedai hilang beberapa produk mereka manaka terdapat peniaga yang
kehilangan semua barang mereka," kata Presiden Malaysian Organisation of
Vape Entities (MOVE) Samsul Kamal Ariffin.
Beliau berkata serbuan itu tidak adil kerana vape digunakan sebagai
alternatif kepada kebanyakan perokok tegar untuk menghentikan tabiat
merokok.
"Jika mereka benar-benar prihatin supaya orang ramai mahu berhenti
merokok, mengapa mereka akan menghabiskan begitu banyak dalam kempen
anti merokok tetapi melumpuhkan perniagaan mereka yang mahu membantu
orang lain menghentikan tabiat itu?," soalnya.
Antara kedai yang diserbu adalah salah satunya di Shah Alam berikutan penemuan produk yang mengandungi nikotin.
Pemilik kedai itu berkata pegawai kementerian tersebut merampas
kira-kira 3,000 botol cecair vape dengan nilai dianggarkan berjumlah
RM100,000.
"Mereka datang kira-kira pukul 4 petang dan menunjukkan surat kepada
kami bahawa serbuan dilakukan disebabkan cecair vape yang dijual
mengandungi nikotin," katanya yang dipetik The Star.
Pemilik kedai itu turut mendakwa dia tidak mendapat penjelasan jelas
daripada pegawai tersebut mengenai cara bagaimana mereka boleh
mendapatkan semula produk berkenaan.
"Mereka hanya beritahu saya untuk cuba bercakap dengan bos mereka jika mahu barang itu dikembalikan," katanya.
Seorang pemilik kedai di Kuala Lumpur berkata dia menutup kedai
miliknya selepas menerima maklumat mengenai serbuan itu dan akan ditutup
sehingga notis diberitahu kelak.
"Jika anda mahu merampas produk kami, sekurang-kurangnya beri kita
amaran dengan adil. Serbuan tidak menjejaskan perniagaan kami. Kami
masih boleh terus menjual vape tetapi akan menjualnya secara
senyap-senyap.
"Transaksi masih boleh berlaku, hanya tanpa kedai. Kami akan menjualnya secara dalam talian," katanya.
Seorang jurucakap Kementerian Kesihatan berkata serbuan dan rampasan
telah dilakukan untuk memantau kandungan cecair vape yang mengandungi
nikotin di pasaran.
"Sebab lain ialah mereka kebanyakannya tidak mempunyai lesen sah dari kementerian," kata pegawai itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan