HALAMAN SANTAI

Sabtu, 7 November 2015

LKIM mahu teks TPP mudah difahami


TPP


SHAH ALAM - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap pendedahan teks perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) kepada umum dapat diperjelaskan kepada komuniti nelayan dengan kaedah yang mudah difahami.

Pengerusinya, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata teks perjanjian dalam Bahasa Inggeris itu boleh disalah terjemahkan dan ia mudah untuk dimanipulasi oleh pihak tertentu.

"Saya mencadangkan teks perjanjian TPP lebih mudah difahami dan diagihkan kepada golongan sasaran.

"Kalau boleh Kementerian Perdagangan dan Antarabangsa (Miti) dan Dewan Bahasa dan Pustaka TDBP) menterjemahkan kepada Bahasa Kebangsaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITANTPP tidak jejas kedaulatan atau naikkan harga ubat]

Beliau mengulas pendedahan semua kandungan perjanjian TPP kepada masyarakat umum oleh Miti, pada Khamis.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dokumen yang mengandungi 30 bab itu boleh diakses dalam tempoh 24 jam bermula petang Khamis.

Mengulas lanjut, Irmohizam juga berkata, perjanjian perdagangan itu tidak mempunyai kesan negatif kepada industri perikanan di negara ini.



"Malahan ia mampu melonjakkan produktiviti dan kualiti produk perikanan," jelasnya.

Dalam pada itu, Irmohizam selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor turut melahirkan kebimbangan jika perjanjian itu dimuktamadkan berikutan lambakan pekerja asing dalam industri perikanan negara.

"Kebimbangan saya paling utama, dengan adanya lebih ramai pekerja luar dalam industri perikanan tenaga tempatan akan terpinggir," katanya lagi.

Tiada ulasan: