Kumpulan masyarakat sivil yang bertemu Presiden Barack Obama hari ini diberitahu, ketika Washington menyedari berlaku pelanggaran hak asasi manusia di Malaysia, isu itu mesti diseimbangkan dengan aspek hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.
"Kenyataan itu boleh memahamkan ada sedikit dan mesej begitu tidak diulang sekali tetapi dua kali," kata Pengerusi BESIH 2.0, Maria Chin Abdullah kepada Malaysiakini.
Pegawai kanan AS berkali-kali memaklumkan, Presiden AS itu akan bersikap "langsung" untuk membangkitkan isu kebebasan sivil, hak asasi manusia dan layanan terhadap pembangkang ketika bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak.
Kehadiran Obama di Kuala Lumpur kali ini adalah kunjungan rasmi kedua beliau.
Obama sendiri berkali-kali berjanji - dalam dialog dengan pelajar - untuk menegaskan isu itu namun ia kurang ditekankan ketika beliau membuat kenyataan umum selepas bertemu perdana menteri semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan