shahbudindotcom
Ketika
arwah Jamaluddin Jarjis masih hidup, Hasan Ariffin tidaklah begitu
dikenali dan hanya merupakan pemimpin peringkat negeri Pahang dengan
jawatan tertinggi yang pernah dipegangnya ialah Timbalan Menteri Besar
Pahang sahaja.
Beliau
juga tiada apa-apa pencapaian gemilang dalam pentadbiran kerajaan mahu
pun politik yang membolehkan namanya diingati serta dijulang. Beliau
tidaklah sesetia dan mengiyakan apa saja seperti Hang Tuah dan tidak
juga seberani melawan arus seperti Hang Jebat.
Wataknya
lebih kurang seperti Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu saja -
jarang benar disebut dan dipeduli orang, ada tidak begitu menambah,
tiada pun tidak banyak mengurang.
Tetapi
itu dulu. Sekarang setelah menjadi Ahli Parlimen Rompin mengambil alih
tempat arwah Jamaluddin Jarjis dan dilantik pula menjadi Pengerusi
Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara atau PAC yang berdepan tanggungjawab
menyiasat 1MDB, Hasan nampaknya sudah lain macam.
Jika
kenyataan awalnya sebaik dilantik mengetuai PAC ialah dengan mengatakan
kedudukan Tony Pua akan ditentukan dalam mesyuarat pertama jawatankuasa
itu berikutan kelantangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu
bercakap mengenai 1MDB dan meskipun tiada apa-apa yang terjadi selepas
itu, kecondongannya sudah mulai dapat dirasai.
Kemudian
apabila timbul isu debat Tony Pua dengan Arul Kanda Kandasamy, Hasan
yang pada mulanya agak terbuka dengan mengatakan beliau tidak kisah dan
menyerahkan sepenuhnya kepada Ahli Parlimen DAP itu membuat keputusan,
tetapi sikapnya mula berubah apabila Speaker tidak membenarkannya serta
mengancam untuk meletakkan jawatan jika debat itu berlangsung juga.
Hasan
malah mentafsirkan keputusan Speaker itu bahawa selagi kekal dalam PAC,
Tony Pua bukan saja tidak boleh mengambil bahagian dalam debat dengan
Arul Kanda, bahkan turut tidak boleh bercakap lagi mengenai 1MDB sama
ada di luar Parlimen atau mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai
syarikat bermasalah dan sarat hutang itu.
Semalam
pula, setelah Tony Pua memilih untuk terus kekal dalam PAC dan
mengundur diri daripada berdebat, Hasan mengatakan Tony Pua juga tidak
dibenarkan lagi menyebut tentang 1MDB walau di dalam Parlimen sekali
pun.
Walaupun
jelas dalam arahan Speaker sebelum ini bahawa sebagai anggota PAC, Tony
Pua hanya tidak boleh mengambil bahagian dalam debat mengenai 1MDB
kerana bimbang menjejaskan proses siasatan jawatankuasa Parlimen yang
dianggotainya, tetapi menjadi haknya untuk bercakap dalam Parlimen,
tetapi tafsiran Hasan seperti melebihi maksud Speaker sendiri.
Melarang
Tony Pua menyebut mengenai 1MDB dalam Parlimen juga bertentangan dengan
kenyataan Shahrir Samad, bekas Pengerusi PAC yang mengatakan Ahli
Parlimen pembangkang itu masih bebas untuk bercakap tentang 1MDB asalkan
tidak bertindih dengan laporan dan penyiasatan yang diketahuinya
sebagai anggota PAC.
Dengan
pendirian Hasan ini, Tony Pua akhirnya bukan saja dihalang daripada
berdebat mengenai 1MDB, tetapi juga tidak dibenarkan lagi bercakap
tentang syarikat itu, baik di luar dan di dalam Parlimen sekali pun.
Sah betapa suci, mulia dan kebalnya 1MDB.
Dalam masa yang sama, Hasan juga mengumumkan PAC belum boleh memanggil ahli perniagaan yang yang sering dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low untuk memberi keterangan kepada jawatankuasa itu berikutan perlu mengkaji aspek perundangan terlebih dahulu.
Katanya,
disebabkan Jho Low tidak memegang jawatan secara langsung dalam 1MDB,
keperluan dari aspek perundangan perlu dilihat semula sebelum memutuskan
untuk memanggilnya.
Sekali
lagi, kenyataan Hasan ini juga bercanggah dengan bekas Pengerusi PAC,
Nur Jazlan Mohamed yang pada 10 Julai 2015 yang lalu telah memutuskan
Jho Low akan dipanggil memberi keterangan berdasarkan laporan interim
Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.
Kata Nur Jazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri, keputusan memanggil Jho Low itu adalah atas kapasitinya sebagai lembaga penasihat Terengganu Investment Authority atau TIA yang kemudian diambilalih oleh Putrajaya dan ditukar namanya kepada 1MDB pada tahun 2009.
Menurut
beliau lagi, kedudukan Jho Low dalam lembaga penasihat TIA itu disahkan
dalam laporan interim Ketua Audit Negara yang dibentangkan kepada PAC.
Namun,
kini Hasan mahu mengkajinya pula dari aspek perundangan atau dalam erti
kata lain seperti sedang mencari jalan untuk melengah-lengahkan
keperluan memanggil Jho Low daripada mengadap PAC.
Perghhh, memang terbaiklah Pengerusi PAC yang baharu ini...ada harapan bakal dilantik menteri tidak lama lagi.



1 ulasan:
kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((0823 1366 9888)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
Solusi yang tepat jangan anda putus asah.... AKI ALIH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI ALIH: (((0823 1366 9888)))
KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos
Catat Ulasan