HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 November 2015

Saya tidak beli PHD – Zahid Hamidi

 
Kajiannya tidak diterbitkan kerana berasa malu dan berasakan tidak releven untuk diterbitkan pada zaman sekarang


zahid-hamidi,phd


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan bahawa Ijazah Doktor Falsafah (PHD) beliau dibeli berikutan terdapat pihak yang mempersoalkan kajian tesisnya tidak diterbitkan kepada umum.

Sebaliknya, Zahid menjelaskan kajian tesisnya mengenai media cetak tidak diterbitkan oleh pengarang-pengarang disebabkan beliau berasa malu dengan kajiannya yang dianggap tidak releven pada masa sekarang.

Beliau berkata, penerbit-penerbitnya merasakan kajian yang dibuat itu belum layak dijadikan bahan ilmiah.

“Saya tidak pernah membeli ijazah Doktor Falsafah (PHD).

“Saya lakukan kajian sendiri, tetapi saya rasa malu untuk terbitkan sebab kajian saya tidak begitu releven dalam keadaan sekarang.

“Kajian saya lakukan berdasarkan kepada sistem Komunikasi Konvensional di mana ianya berdasarkan kajian terhadap media cetak di dalam lima kali pilihan raya di zaman era bekas Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) yang telah memimpin negara selama 22 tahun,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Persidangan Buku Antarabangsa dan Ekspo Buku Malaysia 2015.

Pada masa sama, Zahid mengakui media sosial kini telah menjadi rujukan utama untuk menggantikan media arus perdana.

Katanya, masyarakat kini perlu mengakui bahawa media sosial atau atas talian menjadi medan utama untuk seseorang mendapatkan maklumat berbanding zaman penggunaan media cetak.

“Sekarang media cetak telah dionlinekan..apatah lagi media sosial sekarang ini sebenarnya telah jadi arus perdana.

“Media sosial kini menguasai minda, beralih hala tuju ke arah menukar pembuat-pembuat keputusan yang mahu menentukan apakah bentuk kerajaan yang ada,” ujarnya.

Justeru, Zahid menyarankan agar masyarakat kini berubah dan memperakui bahawa media sosial kini telah menjadi saluran utama untuk mereka mendapatkan maklumat.

Katanya, media sosial juga sudah mampu menjadi hakim dan memberi hala tuju dalam pemikiran seseorang untuk membuat keputusan.

Tiada ulasan: