HALAMAN SANTAI

Khamis, 18 Februari 2016

Adam Adli kekal bersalah, hukuman penjara diganti denda

Adam Adli
ADAM ADLI


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi  mengekalkan sabitan terhadap bekas aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim atas tuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah, tiga tahun lalu.

Hakim, Datuk Ab Karim Ab Rahim bagaimanapun mengganti hukuman 12 bulan penjara kepada denda RM5,000 dan diperintah menjalani hukuman penjara sehingga enam bulan sekiranya gagal membayarnya.

Pada 19 September 2014, Mahkamah Sesyen memerintahkan Adam dipenjara 12 bulan selepas didapati bersalah.

Adam, 27,  yang juga bekas penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) didapati bersalah memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.

Kesalahan itu dilakukan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara lima tahun, jika sabit kesalahan.


Tiada ulasan: