KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50
kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter
dijangka berlaku di kawasan perairan Pantai Timur, Johor Timur, Sarawak,
Wilayah Persekutuan Labuan dan Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat, Sabah
mulai hari ini hingga Isnin.
Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata
keadaan yang sama juga dijangka berlaku di kawasan perairan Samui,
Tioman, Bunguran, Reef South, Kuching, Palawan dan Labuan.
"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot
kecil, rekreasi laut dan sukan laut," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, keadaan di kawasan perairan Condore, Reef North dan
Layang-Layang berubah daripada amaran kategori pertama dengan angin
bertiup pada kelajuan 50 hingga 60km sejam dengan ombak mencapai
ketinggian sehingga 4.5m.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan