HALAMAN SANTAI

Khamis, 18 Februari 2016

Jurutera JKR lafaz akujanji 'sifar lubang'

MALAYSIAKINI




Jurutera-jurutera daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) menandatangani akur janji untuk memastikan bahawa tidak akan ada jalan awam yang berlubang di negara ini.

Ikrar itu membabitkan semua jalan persekutuan dan jalan negeri di bawah bidang kuasa JKR.

Semua 78 jurutera menyerahkan aku janji mereka kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof pada mesyuarat jurutera daerah itu di ibu pejabat kementerian di Putrajaya semalam.

"Adalah kami jurutera-jurutera Daerah JKR Malaysia berikrar dan berjanji serta komited untuk memastikan jalan persekutuan dan negeri di bawah pentadbiran JKR sentiasa dalam status sifar ‘pothole’” petik dokumen aku janji itu.

Dokumen itu telah juga ditandatangani oleh pengerusi mesyuarat berkenaan, Muhammad Jusoh dan setiausaha mesyuarat, Maria Marcus.

Aku janji itu dibuat selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengisytiharkan sasaran dalam menjadikan ibu negara ini bebas daripada lubang mulai tahun depan.

Tiada ulasan: