Oleh: THE STAR
Abdul Rahman Dahlan.
Rafidah yang merupakan bekas menteri Kabinet dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, kesetiaan seharusnya ditujukan kepada negara dan parti bukan individu.
Mengulas mengenai kenyataan Rafidah itu, Abdul Rahman berkata, beliau melihat komen Rafidah adalah aneh kerana beliau sendiri semasa menjadi Ketua Wanita Umno tidak pernah bersuara mengenai dana parti dipegang proksi luar.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mempertikaikan keputusan Rafidah yang tidak mempersoalkan presiden Umno ketika itu mengenai mengapa dana itu disimpan proksi atau bagaimana ia dibelanjakan.
"Waktu itu, 'Iron Lady' tak sokong negara dan parti ke? Atau dia pun sokong individu?" soal Abdul Rahman di akaun Twitternya pada Ahad.
Baru-baru ini, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegur kenyataan veteran Umno itu di Facebook mengenai situasi politik Malaysia.
"Saya hairan dan geleng kepala apabila membaca posting beliau. Selama 22 tahun Tan Sri Rafidah memimpin Wanita, kami sering diingatkan supaya sentiasa disiplin dan taat patuh kepada kepimpinan parti terutama kepada Presiden," katanya.
Rafidah bagaimanapun menegaskan beliau setia kepada parti dan sanggup mati sebagai ahli Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan