PETALING JAYA: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membatalkan
pertemuan beliau dengan dua panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM), demikian menurut sumber.
Seorang ahli panel itu mengesahkan bahawa Mohamed Apandi telah
membatalkan mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 3 petang Khamis di
Jabatan Peguam Negara.
Alasan bagi pembatalan itu tidak diketahui.
Sumber itu berkata, panel berkenaan berharap dapat bertemu dengan Peguam Negara selewat-lewatnya pada 24 Februari.
Sebelum ini dilaporkan bahawa sumber yang mengetahui tentang mesyuarat
itu berkata terdapat 'kemungkinan besar' Mohamed Apandi akan ditanya
mengenai keputusannya terhadap SRC International dan derma politik RM2.6
bilion.
Pada 26 Januari lalu, Jabatan Peguam Negara melepaskan Datuk Seri Najib
Tun Razak daripada sebarang salah laku jenayah berhubung kes SRC
International dan derma politik RM2.6 bilion.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan