HALAMAN SANTAI

Isnin, 8 Februari 2016

Rafizi takut, terdesak, guna media sebagai kuda tunggangan – Azalina

 
Rafizi sengaja menyatakan pindaan akta itu sebagai penindasan kepada wartawan dan kebebasan media supaya mendapat sokongan pihak media berhubung perkara ini.


azalina,rafizi


PETALING JAYA: Pihak media khususnya media alternatif diminta tidak terjerat dengan permainan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang mengkritik Peguam Negara dan menyifatkan pindaan Akta Rahsia Rasmi 1972 penindasan kepada wartawan dan kebebasan media.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia menunjukkan Rafizi
takut dan terdesak sehingga melancarkan kempen di media sosial sekali gus menggunakan media alternatif sebagai kuda tunggangan untuk mencari publisiti murahan.

“Beliau adalah seorang Ahli Parlimen dan boleh membahaskan pindaan ini sekiranya di bawa ke Parlimen nanti.

“Beliau juga dengan sengaja menyatakan bahawa pindaan ini adalah penindasan kepada wartawan dan kebebasan media supaya beliau mendapat sokongan daripada pihak media berhubung dengan perkara ini,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya, Rafizi tidak mempunyai sebarang imuniti atau keistimewaan termasuk melibatkan kesnya di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) yang masih belum selesai.

“Kes yang tertangguh itu menyebabkannya semakin angkuh dengan pelbagai tohmahan yang lain.

“Tindakan beliau mendapatkan pelbagai maklumat peribadi, khususnya daripada institusi kewangan, adalah melanggar undang-undang.

“Beliau sering kali dilihat mencari publisiti politik dengan membuat pelbagai pendedahan yang mengelirukan rakyat itu juga harus disiasat mengenai punca dah kesahihan maklumat-maklumat yang diperolehinya.

“Ketika perbahasan di Parlimen, beliau juga menyatakan bahawa beliau mendapat maklumat yang bocor berhubung pembelian aset kerajaan,” tegasnya.

Azalina berkata, pendedahan itu jelas menunjukkan Rafizi sendiri telah mengakui secara tidak langsung dan adalah wajar untuk disiasat dan diambil tindakan dengan kadar segera.

Tiada ulasan: