ANAK perempuan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Meera Alyana hari ini meluahkan isi hatinya sesudah lima hari ayahnya meletakkan jawatan sebagai menteri besar di negeri jelapang padi itu.
Menerusi catatan di laman Instagramnya hari ini, Meera berkata, walau apapun yang terjadi terhadap ayahnya, dia berbangga untuk terus memanggil Mukhriz sebagai ayahnya.
"Saya amat berbesar hati untuk memanggil ayah sebagai ayah saya. Seseorang yang mempunyai integriti, ketabahan dan semangat yang amat kuat.
"Ia amat menyakitkan apabila melihat orang yang begitu baik digugurkan (jawatan) tetapi ada seseorang pernah berkata kepada saya, ALLAH SWT mempunyai rancangan untuk kita semua. Saya tidak akan berpura-pura bahawa saya tahu tentang politik. Malah, saya tak tahu apa-apa pun tentangnya.
"Tetapi, saya kenal (ayah saya) secara peribadi, saya tahu bahawa ayah adalah seorang yang hebat.
Sebagai anak perempuan, saya amat berterima kasih untuk semua yang telah ayah berikan kepada saya dan saya tahu bahawa menjadi MB Kedah adalah satu peluang besar dan pengalaman untuk ayah, malah ayah sendiri sangat berbesar hati," katanya.
Dalam pada itu, Meera berkata ayahnya begitu berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya sebagai menteri besar sebelum ini sehingga dia sukar untuk bersama dengan ayahnya.
"Oleh kerana ayah begitu sibuk, saya dan dapat mengira masa yang terluang untuk bersama ayah sangat terhad (kadang-kadang hanya beberapa jam saja seminggu) yang saya dapat untuk menghabiskan bersama dengan ayah, di mana ayah pula akan menggalakkan saya dengan memperkenalkan artis asal Kedah atau pakaian baru buatan tempatan.
"Belum lagi dikira, bagaimana terujanya ayah untuk setiap perlawanan bola sepak! (ayuh hijau kuning!)," katanya.
Katanya lagi, oleh itu dia ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang begitu prihatin dengan apa yang berlaku ke atas ayah dan keluarganya.
"Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengatakan bahawa, engkaulah ayah yang terbaik, malah saya amat berbangga kerana yang menjadi anak ayah (juga mummy)!.
"Dan untuk Kedah pula, walaupun saya tidak dapat untuk mengucapkan selamat tinggal secara rasmi, tetapi saya nak ucap terima kasih banyak kerana menyambut kami dan terima kasih kerana menjadi dunia itu begitu indah!,"ujarnya.
Selain Meera Alyanna, Mukhriz mempunyai dua lagi orang anak iaitu Misha Hakeem serta Melia Serena.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan