Pemimpin masyarakat sivil yang menandatangani Deklarasi Rakyat Jumaat lepas sedia berdepan penyokong yang mempersoalkan sokongan mereka terhadap gerakan untuk menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan bukan berjuang untuk pembaharuan institusi.
Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Ambiga Sreenevasan - yang merupakan antara 58 penandatangan memberitahu Malaysiakini: "Sudah tentu, kami telah bersedia untuk tindak balas. Orang ramai berhak untuk mempersoalkan langkah ini dan kami mesti jawab mereka.
"Apa yang penting ialah kami memikirkannya secara serius dan berunding dengan yang lain sebelum memutuskan untuk tandatangan. Ia jelas dalam fikiran saya bahawa ia adalah penting bagi kita untuk mengetepikan perbezaan kita demi negara dan cuba untuk melakukan sesuatu," tambah beliau.
"Kita perlu merayu kepada spektrum rakyat yang luas dan mereka perlu tahu bahawa ia adalah ok untuk mempunyai perbezaan, tetapi masih mempunyai matlamat yang sama untuk menyelamatkan negara," kata Ambiga, yang menegaskan bahawa 'tidak bertindak' bukan lagi satu pilihan kepada mereka yang berusaha membawa perubahan di Malaysia.
Dalam menegaskan bahawa perjuangan untuk pembaharuan institusi jangka panjang akan diteruskan, Ambiga juga berkata beliau tidak teragak-agak untuk menandatangani pengisytiharan 37-perenggan itu walaupun beliau tahu akan mencetuskan tentangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan