Zambry (duduk, tengah) ketika sidang medianya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.
IPOH - Umno Perak memandang serius tindakan bekas Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir Mohamad dan beberapa tokoh Umno yang menandatangani dokumen
Deklarasi Rakyat.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tindakan beberapa pemimpin yang menandatangai deklarasi itu jelas bukan untuk kesejahteraan negara sebaliknya penjenamaan semula gerakan politik pembangkang untuk memberi imej buruk kepada pemerintah dan menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan.
"Walau apa pun justifikasi diberikan, yang jelas Dr Mahathir telah hilang pertimbangan kerana luapan amarahnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. Ibarat marahkan nyamuk kelambu dibakar, tindakan beliau bukan sahaja menyasarkan perdana menteri tetapi sebenarnya terperangkap dengan cubaan menjejaskan iklim politik dalam negara.
"Menanggapi kerjasama Dr Mahathir dan parti-parti politik pembangkang serta pertubuhan bukan kerajaan yang memang selama ini menjadi jurubicara pembangkang, Umno Negeri Perak menyeru supaya ahli-ahli parti di negeri ini khususnya, tidak hilang fokus terhadap strategi pembangkang," katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Sidang Dewan Belia Perak 2016/2017 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.
Zambry berkata, pembangkang akan menggunakan apa sahaja helah termasuk berbaik dengan Dr Mahathir yang selama ini menjadi musuh nombor satu mereka untuk menggugat kekuatan Umno dan BN.
Menurutnya, Umno Perak sedia berdepan gerakan politik itu serta akan terus memantapkan gerakan parti dalam memastikan mandat yang diberikan rakyat kepada BN.
"Umno Negeri Perak bersama-sama dengan kepimpinan YAB perdana menteri akan memastikan aku janji kepada rakyat ditunaikan dan kesejahteraan rakyat diberikan keutamaan. Kesatuan dan perpaduan dalaman parti di negeri Perak akan terus diperkukuhkan demi menjamin kerajaan yang dipilih oleh rakyat tidak terancam dengan tindakan anarkis mana-mana pihak.
"Kepada ALLAH dipohon agar negara dan negeri ini terus dilindungi daripada tindakan-tindakan yang boleh mengundang huru hara dan bencana, permusuhan dan persengketaan," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan