Philips (lima, kanan) dan Usman (lapan, kanan) bersama AJK Persatuan Membantu Bekas-Bekas
Banduan selepas Mesyuarat Agung Persatuan Membantu Bekas-Bekas Banduan, kelmarin.
SEREMBAN - Persatuan Membantu Bekas-Bekas Banduan yang ditubuhkan sejak
40 tahun lalu sentiasa terbuka bagi membantu banduan yang baharu
dibebaskan.
Pengerusinya, Philips Gomez berkata, pihaknya sedia menerima bekas banduan yang dibebaskan bagi memberi bantuan dan sokongan kepada mereka supaya golongan ini dapat memulakan kehidupan dengan lebih baik.
Beliau berkata, kebanyakan kes diterima, bekas banduan disisihkan keluarga dan tidak mempunyai tempat perlindungan selepas bebas daripada penjara.
“Apabila semuanya tidak terurus, ada kemungkinan mereka ini akan berjumpa rakan sejenayah lama dan membuat kembali kerja-kerja jenayah.
“Lebih-lebih lagi bekas banduan yang tidak diterima dan disisih keluarga, sudah pasti mereka tiada hala tuju, selain bimbang persepsi masyarakat yang tidak boleh terima mereka.
“Kes seperti ini kita bantu. Persatuan bantu sama ada dari segi kewangan atau peralatan bersesuaian bagi memberi peluang kepada mereka meneruskan kehidupan baru,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Persatuan Membantu Bekas-Bekas Banduan di Dewan Wawasan Penjara Seremban, pada Rabu.
Turut serta, Timbalan Pengarah Penjara Seremban, Usman Mala.
Philips berkata, persatuan membantu lebih 25 bekas banduan menjalani kehidupan baharu dengan lebih sempurna.
Beliau berkata, mereka mendapat kerjasama baik daripada Penjara Seremban dengan menyalurkan maklumat banduan yang akan dibebaskan kepada mereka untuk tindak susulan.
“Biasanya, kita temu duga banduan dan tanya perancangan awal setelah dibebaskan.
“Jika mereka (banduan) telah ada perancangan sendiri, kita tidak perlu bimbang. Yang jadi masalahnya,
jika banduan yang akan dibebaskan itu tidak mempunyai hala tuju dan perancangan khusus. Itulah yang akan kita bantu,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan