HALAMAN SANTAI

Sabtu, 5 Mac 2016

Kalau Mahathir umpama burung, Siti Hasmah adalah sayapnya...

MALAYSIAKINI





ULASAN Apabila disebut sahaja nama Tun Dr Mahathir Mohamad, pasti ia akan mengundang reaksi yang pelbagai, tetapi tidak ada pula yang akan terfikir untuk melafazkan satu perkataan pun yang tidak elok terhadap dirinya.

Ya, Itulah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, seorang wanita yang luar biasa.

Mereka mendirikan rumah tangga enam dekad yang lalu, dan sejak itu, beliau sentiasa teguh di samping Dr Mahathir mengharungi pahit manis kerjaya politik suaminya yang sehingga ini, seperti tidak ada penghujungnya.

Selama dua dekad, Siti Hasmah menyokong Dr Mahathir yang menyakskan kerjaya politik suaminya melonjak dari seorang ahli Parlimen sehingga akhirnya menjadi seorang perdana menteri.

Beliau tidak pernah lekang dari sisi suaminya itu walaupun ada di antara mereka yang kini bersama dalam perjuangan suaminya, pernah mengutuk Dr Mahathir sebagai seorang yang zalim.

Walaupun selepas persaraannya, tidak ada rehat bagi Dr Mahathir yang menghabiskan 13 tahun seterusnya untuk terus aktif dalam arena politik.

Siti Hasmah keluar Umno mengikut jejak langkah suaminya, dan menyertai parti itu semula apabila suaminya berbuat demikian. Dan beliau keluar lagi dari Umno mengikut jejak suaminya, dan semalam Siti Hasmah turut menandatangani pengisytiharan 'Selamatkan Malaysia' sepertimana juga suaminya.

Sepanjang dekad, sebagai isteri Mahathir, beliau tidak ada terpalit oleh sebarang kontroversi.

Siti Hasmah telah berjaya mengekalkan profil yang rendah, di bawah radar gosip yang mengesan isyarat yang dipancarkan oleh cincin berlian dan beg tangan mewah.

Ini mungkin juga kerana pada masa itu belum ada lagi media sosial.

Kita juga tertanya-tanya apakah Siti Hasmah tidak merasa penat mempunyai seorang suami yang enggan bersara dan terus menerus terbabit dalam kemelut politik? Adakah beliau tidak terlintas untuk memberitahu suaminya - yang sudah dua kali menjalani pembedahan jantung - supaya berehat?

Yang pasti Dr Mahathir adalah seorang lelaki yang amat bernasib baik kerana ditemukan dengan seorang wanita seperti Siti Hasmah.


Sebelum ini, dalam satu temu bual dengan Malaysiakini, Siti Hasmah menjelaskan bahawa peranan seorang isteri perdana menteri adalah untuk menyokong suaminya, dan bukan bersaing dengannya.

"Sebagai isteri perdana menteri, jangan membandingkan (diri anda dengan sesiapa pun).

"Secara umumnya, anda perlu menyokong suami anda, anda perlu berpengetahuan, anda perlu tahu apa yang berlaku di sekeliling anda dan anda perlu memastikan bahawa anda bersama dengan suami anda untuk bertemu dengan rakyat," katanya.

Begitu mengkagumkan bahawa kasih kasih sayang antara kedua-dua mereka dapat bertahan dalam berdepan dengan ujian masa dan dugaan dalam politik.

Sesungguhnya, kalau Dr Mahathir diumpamakan sebagai seekor burung, maka Siti Hasmah adalah sayapnya.

Tiada ulasan: