HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 Mac 2016

Lagi 76 waris saman MAS atas kehilangan MH370

MALAYSIAKINI




Sejumlah 76 waris yang mewakili 32 penumpang pesawat MH370 memfailkan saman terhadap Malaysian Airline dan empat lagi atas dakwaan konspirasi, kecuaian dan melanggar tanggupjawab.

Writ saman difailkan melalui firma guaman Tetuan Tommy Thomas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lalu dan mereka berjaya mendapat pernyataan tuntutan kerana saman berkenaan difailkan mengikut Konvensyen Montreal.

Waris-waris berkenaan terdiri daripada 66 warga China, lapan rakyat India dan masing-masing satu dari Malaysia dan Amerika.

Kes ini dijangka menjadi saman dengan bilangan plaintif yang terbesar di Malaysia dan mungkin juga dunia.




Mereka menuntut ganti rugi di saat akhir berhubung kehilangan pesawat yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Dua peguam Amerika yang berpusat di Miami akan bersama mewakili keluarga berkenaan dengan peguam Thomas dan Ganesan Nithi.

Selain MAS, empat pihak lain itu adalah Ketua Pengarah, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerajaan Malaysia.

Tiada ulasan: