shahbudindotcom
Seronok
juga melihat pro Najib Razak "terlompat" ke sana sini dengan pelbagai
gaya sejak Jumaat lalu berhubung Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh
Tun Mahathir Mohamad bersama pemimpin-pemimpin pembangkang dan peneraju
masyarakat sivil negara ini.
Dengan
seawalnya gah mengatakan keluarnya Tun Mahathir meninggalkan UMNO tidak
mungkin memberi sebarang kudis kepada Najib, reaksi sehari dua ini
jelas menampakkan mereka jauh lebih "menggelupur" berbanding cacing
yang tengah kepanasan.
Selain
berbagai kata-kata kecaman dan bidasan terhadap bekas Perdana Menteri
itu, cacian dan makian juga turut menjadi mainan yang membuktikan tidak
lain tanda-tanda sudah ada ketakutan dalam diri mereka itu.
Ketua
blogger dedak yang kini sudah jadi menteri, Salleh Said Keruak pula
cuba berhujah untuk menggembirakan Najib dengan mengatakan deklarasi itu
bukan suara 30 juta rakyat Malaysia dan ini menunjukkan beliau
seolah-olah lupa Perdana Menteri sendiri hanya ada 47 peratus sokongan
popular saja.
Kalau 47 peratus pun boleh jadi Perdana Menteri, bermakna tidak perlu sehingga 30 juta suara untuk membuangnya ke tepi.
Oleh
itu, untuk menjadikan usaha menyingkirkan Najib lebih mudah menjadi
kenyataan dan agar puak-puak pronya lebih "terlompat-lompat", kita
sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan sayangkan negara ini tidak
harus berlengah lagi dalam memberi sokongan kepada deklarasi itu.
Buktikan sokongan anda di sini -https://docs.google.com/forms/d/1vuIKdnzoDln2d5_v07kz1vgUZByV4EILmecK7NjYh54/viewform?c=0&w=1

Tiada ulasan:
Catat Ulasan