HALAMAN SANTAI

Ahad, 6 Mac 2016

Usah hina ibadah umrah seseorang

Haji


KUALA LUMPUR – Pegawai Pemerintah Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) Parlimen Selayang, Datuk Mohd Sani Mohd Zin mengkritik tindakan seorang pemilik akaun Facebook  yang  didakwa menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menunaikan umrah.

Menurutnya, tindakan pemilik akaun yang juga bekas senator DAP itu yang memuat naik gambar perdana menteri, dan isterinya memakai ihram dan duduk di dalam Masjidil Haram ketika melakukan umrah adalah tidak wajar.

“Tindakan dia (bekas senator DAP)  ini telah menghina ibadah umrah sebagai isu politik,” katanya selepas  membuat  laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, kira-kira jam 11.30 pagi, semalam.

Hadir sama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain  seperti  Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM),  Ikatan  Rakyat  Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Sekretariat Gerak Kerja Gabungan  Ayahanda Selangor (Gegas)

Selain itu, tindakan  seorang ahli  jawatankuasa  DAP Melaka turut mendapat perhatian beliau susulan tindakannya yang mempersoal sama ada dosa umat Islam dapat dihapuskan dengan pergi ke Makkah untuk beribadah.

Katanya, ini adalah satu perkara yang mempersenda dan penghinaan  terhadap masyarakat Islam di negara ini.

“Kami harap pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya susulan perbuatan tidak sepatutnya ini,” katanya.


Tiada ulasan: