HALAMAN SANTAI

Selasa, 19 Julai 2016

Iskandar Nafi Sayangkan Jawatan Exco Di Selangor







Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menafikan beliau dan rakan-rakannya sayangkan jawatan Exco dalam Kerajaan Negeri Selangor apabila mempertahankan konsep kerajaan negeri yang sudah terbentuk sejak tahun 2008.

“Ada yang perli konon mereka yang nak pertahankan kerajaan negeri Selangor sebab sayangkan jawatan.


“Jawab saya mereka yang buat andaian ini duduk dalam perigi buta sejak 2008. Tak nampak langsung manfaat kepada Islam dan rakyat sejak 2008,”katanya dalam Facebook hari ini.

Minggu lepas, Iskandar mengeluarkan kenyataan menyokong cadangan peribadi Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seperti berikut :

SOKONGAN KEPADA KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN PAS :TUMPUKAN USAHA UNTUK MENUMBANGKAN BARISAN NASIONAL.

Saya menyokong gesaan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS agar parti-parti pembangkang menumpukan usaha untuk menumbangkan Barisan Nasional dan bukan bertelagah sesama sendiri.

Keputusan PRK Sg Besar menunjukkan bahawa jika pembangkang gagal mencapai persefahaman pilihan raya (electoral understanding) maka Barisan Nasional yang akan meraihkan keuntungan.

Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan realiti politik tersebut.

Jika suasana hari ini berlarutan kemungkinan Barisan Nasional akan terus memerintah Malaysia dan Selangor akan dapat dirampas semula oleh mereka pada pilihan raya umum yang akan datang.

Satu formula yang akan memastikan prinsip-prinsip semua pihak dihormati mesti dicari.

Rakyat Malaysia sudah sekian lama tersiksa di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Sejak Mac 2008, rakyat negeri Selangor menikmati banyak manfaat dari kerajaan negeri yang tidak dinikmati sebelum ini.
Pemimpin-pemimpin politik mesti memikirkan tentang masa depan dan nasib rakyat.

Pemimpin hendaklah sentiasa turun padang untuk memahami hasrat rakyat.

Apa yang penting kepada orang politik mungkin berbeza dari apa yang penting kepada rakyat biasa.

Dato’ Iskandar Abdul Samad
Naib Presiden /
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor

Tiada ulasan: