KUALA LUMPUR: Sekumpulan kecil penyokong Baju Merah berhimpun di depan
pasaraya Sogo bagi membantah tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas
presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan yang
menyarankan rakyat negara ini mengadakan demonstrasi bagi mendesak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.
Himpunan tersebut diketuai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk
Jamal Yunos, yang sebelum ini mengepalai Perhimpunan Baju Merah pada
September tahun lalu.
"Kita akan menjadikan jalanan merah lagi dengan Himpunan Baju Merah 2.0 jika mereka meneruskan himpunan anti Najib," katanya.
Kumpulan itu juga berlegar-legar sekitar pasaraya berkenaan dan bersama Jamal yang tiba pada pukul 4.20 petang tadi.
Himpunan tersebut tenang tanpa sebarang insiden provokasi sebagaimana sebelum ini.
Dilaporkan, tiada anggota polis kelihatan di sekitar kawasan pasaraya itu ketika perhimpunan itu berlangsung.
Penyokong kemudiannya bersurai selepas kira-kira sejam berhimpun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan