HALAMAN SANTAI

Sabtu, 2 Julai 2016

Jenazah Aziz Singah selamat dikebumikan

ANTARAPOS.COM


Post Pic



REMBAU: Jenazah pelakon veteran, Datuk Aziz Singah, 75, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bongek, Bongek di sini, tadi.

Jenazah Allahyarham sebelum itu disembahyangkan di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) selepas dibawa dari kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.

Jenazah sekali lagi disembahyangkan di Masjid Kariah Kampung Bongek sebelum dikebumikan kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Kira-kira 100 ahli keluarga, saudara mara dan rakan artis yang hadir di tanah perkuburan. Datuk Aziz Singah, meninggal dunia kira-kira jam 11.30 malam tadi akibat kanser prostat.

Sepanjang pembabitan seni, Allahyarham pernah membintangi drama dan filem seperti PJ Holding, Sembilu Kasih, Sate, Maria Mariana, Impian dan Kemarau Cinta.



Tiada ulasan: