MANTIN: Kejadian tembak di Batu Caves dan Cheras serta letupan bom di
Subang Jaya tidak ada kaitan dengan pengganas, tegas Ketua Polis Negara
Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa semua insiden yang berlaku itu mempunyai sebab-sebab tertentu.
"Sebagai contoh kejadian di Batu Caves, siasatan kita mendapati
terdapat dua orang cuba memeras ugut pembunuh...pembunuh juga telah
mati.
"Dua orang itu memeras ugut pembunuh itu dengan menyamar kononnya
sebagai anggota polis dan apabila diketahui mereka itu bukan anggota
polis, apabila berjumpa itu dia tembak dan begitu juga yang berlaku di
Cheras ada sebab tertentu," katanya kepada pemberita, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas insiden tembakan yang dilihat kerap
terjadi kebelakangan ini serta insiden letupan di Subang Jaya,
masing-masing di Kuala Lumpur dan Selangor.
Terdahulu Khalid menyampaikan sumbangan kepada 36 orang balu, asnaf dan
pelajar tahfiz Kampung Gebok, Mantin dekat ini dalam majlis berbuka
puasa yang diadakan di Masjid Nurul Iman.
Turut hadir Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof serta anggota PDRM negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan