MALAYSIAKINI
Polis Perak sedang melakukan siasatan secaraterperinci berhubung
dakwaan terdapat sebuah kumpulan ajaran sesat di negeri itu, yang
dikatakan sedang mengembangkan pengaruhnya ke seluruh negara.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Abd Rahim Hanafi berkata pihaknya
mempergiatkan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam
memantau daripada semua aspek sebelum tindakan undang-undang dapat
diambil terhadap kumpulan berkenaan.
"Polis telah mengambil langkah tertentu dengan JAIPk untuk mengenal
pasti apa dinyatakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
baru-baru ini berhubung dakwaan berkenaan.
"Jika ada sebarang perkembangan terbaru, saya akan maklumkan kemudian,"
katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh malam tadi yang dihadiri kira-kira
3,000 orang.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan pada hari Sabtu lepas
yang melaporkan kumpulan itu diketuai seorang lelaki yang mengaku
sebagai Imam Mahdi bercadang mewujudkan kumpulan bersenjata digelar
Tentera Mahdi.
Laporan itu menyebut kumpulan berkenaan sedang mempengaruhi orang
ramaidengan menggunakan pengaruh seorang ulama untuk menarik orang awam
untuk menyertai kumpulan berkenaan.
Kumpulan itu didakwa mengumpulkan senjata untuk berperang dan mereka
dikatakan sedang bersiap sedia untuk berbaiah dengan Imam Mahdi di
Mekah, Arab Saudi.
Dalam perkembangan lain, Abd Rahim berkata jenayah indeks di
Perakmencatat penurunan iaitu sebanyak 42 kes dilaporkan bagi tempoh
Januari hingga Khamis lepas (21 Julai).
Beliau berkata jumlah itu berkurang sebanyak 1.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
"Walaupun jenayah indeks di negeri ini menunjukkan penurunan, terdapat
dua daerah yang mencatatkan peningkatan kes iaitu di Taiping dan
Manjung.
"Kecurian motosikal merupakan penyumbang terbesar kepada kadar jenayah
indeks di negeri ini manakala kes jenayah seperti pecah rumah didapati
berkurangan berbanding tempoh yang sama tahun lepas," katanya.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan